Lebih 3k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Aiskrim Coklat Yang Mudah Dan Menyelerakan
Aiskrim lemak berkrim ini boleh dibuat dalam masa 10 minit menggunakan 5 bahan sahaja!
Sejukkan tekak anda dan nikmati rasa aiskrim coklat lemak berkrim yang ringkas dan enak ini.
Resepi aiskirm coklat ini confirm akan memenangi hati sekeluarga! Aiskrim coklat ini bukan sahaja senang untuk dibuat, malah bahan-bahannya juga ringkas dan mudah untuk didapati.
Dengan hanya 5 bahan asas dapur, anda dapat menikmati aiskrim yang enak dan berkrim tanpa perlu keluar rumah pun. Hidangkan pula pada tengah hari yang panas, nikmatnya tidak terhingga!
Untuk resepi aiskrim coklat yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Cik Puan Hasnah yang telah mendapat sebanyak 3k shares!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar ovalet
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 cawan milo
Mari lihat cara-cara untuk membuatnya:
3. Teruskan menggaul untuk 10-15 minit sehingga sebati.
4. Tuangkan bahan-bahan yang sudah digaul sebentar tadi ke dalam bekas yang ingin digunakan.
Apabila aiskrim coklat sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!
Sumber resepi: Cik Puan Hasnah.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!