Lebih 23K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Dorayaki Gebu Yang Enak Dan Mudah Dibuat
Hidangkan dorayaki untuk keluarga tersayang dengan resepi yang enak dan 'foolproof' ini.
Teringin hendak merasa dorayaki yang lembut dan berintikan coklat manis? Mudah sahaja untuk membuatnya!
Siapa sahaja yang tidak kenal makanan kegemaran Doraemon ini? Berbeza sedikit dengan pancake, dorayaki ini berasal dari Jepun dan mempunyai inti kacang merah. Tetapi, anda boleh mengubah intinya mengikut citarasa sendiri.
Walaupun kelihatan rumit, dorayaki ini sebenarnya amat mudah untuk disediakan. Anda hanya memerlukan beberapa bahan asas dapur dan inti pilihan anda. Menu ini sesuai untuk bila bila masa sahaja dan amat popular dikalangan kanak-kanak. Apa lagi? Jom kita cuba!
Untuk resepi dorayaki yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Eija Man yang telah mendapat sebanyak 23k perkongsian!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 3 bji telur
- ¼ cawan gula
- 2 sudu susu pekat manis
- 2 sudu minyak masak
- Setengah cawan air
- 2 cawan tepung gandum (atau 2 cawan tepung kek tanpa baking powder)
- 1 sudu kecil baking powder
- Esen vanila
- Inti (peanut butter atau coklat).
Mari lihat cara untuk membuatnya:
2. Kemudian, tambahkan susu dan minyak ke dalam adunan tersebut dan gaulkan sehingga sebati.
3. Setelah itu, masukkan esen vanila kedalam adunan dan masukkan tepung diselang selikan dengan air sehingga habis.
4. Pastikan adunan tidak terlalu cair ataupun pekat.
5. Panaskan non-stick pan anda.
6. Tuangkan adunan ke atas pan dalam bentuk bulat menggunakan senduk ataupun piping bag.
8. Setelah dua-dua belah dorayaki telah masak dengan sempurna, angkat dorayaki dari pan dan sejukkan sebentar.
9. Sapukan coklat atau inti pilihan anda dan kapitkan dua keping dorayaki bersama.
Apabila dorayaki anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!
Sumber resepi: Eija Man.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!