Lebih 6K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Sarang Semut Lazat Tanpa Perlu Perap
Ikuti resepi ini untuk kek sarang semut yang lembut, enak dan cepat dibuat.
Sajikan kek sarang semut untuk keluarga tersayang sebagai menu minum petang ataupun sebagai snek
Siapa sahaja yang tidak mengenali kek legend ini? Rasanya yang manis, dan teksturnya yang unik memang menjadi kegemaran ramai. Tapi sayang sekali, resepi kek ini selalunya mengambil masa yang agak lama untuk dibuat.
Dengan resepi mudah ini, anda tidak perlu menunggu berjam-jam lagi! Bukan sahaja itu, resepi yang cukup ringkas ini hanya memerlukan beberapa bahan asas dapur yang cukup mudah untuk dicari. Apa lagi, mari lihat cara untuk membuatnya?
Untuk resepi kek sarang semut yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Jah Joe yang telah mendapat sebanyak 6k perkongsian!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Bahan A
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 3 sudu besar marjerin
- Beberapa helai daun pandan
- 4 biji telur gred B
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 sudu besar susu pekat
- 3/4 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan tepung ubi
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu teh soda bicarbonate
Mari lihat cara untuk membuatnya:
Bahan A
1. Pertama sekali, letakkan gula ke dalam pan ataupun kuali.
2. Selepas itu, hidupkan api kecil sehingga gula cair dan bertukar kepada warna perang atau coklat (mengikut citarasa anda).
3. Kemudian, masukkan air panas dan daun pandan ke dalam gula dan gaulkan sebati.
4. Seterusnya, anda boleh masukkan marjerin dan matikan api untuk biarkan campuran air gula sejuk seketika.
Bahan B
1. Ayakkan tepung gandum, tepung ubi, baking powder dan soda bicarbonate dan ketepikan.
2. Kemudian, dalam mangkuk lain, letakkan telur, susu dan esen vanila dan pukul sehingga sebati.
3. Selepas itu, gaulkan tepung yang telah diayak dengan air gula yang telah disejukkan tadi sedikit demi sedikit sehingga semuanya sebati.
4. Seterusnya, tapiskan bahan adunan tadi dan masukkan ke dalam loyang.
5. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar pada suhu 150 'c untuk 50 minit menggunakan api bawah.
6. Kemudian, sambung bakar adunan kek menggunakan api atas untuk 5 minit.
7. Setelah itu, kek anda pun sudah siap dan selamat menjamu selera!
Apabila kek sarang semut anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!
Sumber resepi: Jah Joe.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!