Lebih 10K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Rempeyek Rangup Yang Enak Dan Mudah Dibuat
Rempeyek rangup kesukaan keluarga bukan sahaja sedap bahkan ringkas untuk dibuat.
Nikmati rempeyek rangup sebagai kudapan pagi, petang mahupun malam!
Hilangkan rasa bosan anda dengan kudapan rempeyek rangup ini. Rasanya yang masin dan rempahnya yang cukup pasti akan memanggil anda makan lagi dan lagi! Makan pula sambil menonton TV, pasti layan punya!
Anda tidak perlu susah-susah untuk keluar mencari rempeyek kerana resepinya amat senang sekali. Menggunakan bahan-bahan asas dapur, anda boleh buat sahaja sendiri, pasti lagi puas! Jom tengok resepinya?
Untuk resepi rempeyek rangup yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook RJ Ibrahim yang telah mendapat sebanyak 10k perkongsian!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 cawan tepung beras (cap teratai)
- Sebiji telur
- Setengah kotak kecil santan
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- Ikan bilis (ditumbuk sedikit)
- Ikan bilis
- Kacang tanah (tidak perlu disangai ataupun dijemur)
- 2 cawan air
- Garam
Mari lihat cara untuk membuatnya:
2. Gaulkan kesemua bahan tersebut sehingga semuanya sebati.
3. Kemudian panaskan kuali berisi minyak.
4. Rendamkan sudip di dalam minyak panas tersebut.
5. Kemudian, letakkan sedikit bancuhan tepung tadi ke atas sudip yang panas.
6. Ratakan nipis bancuhan tepung ke atas sudip.
7. Letakkan kacang dan ikan bilis di atas bancuhan tepung di sudip tersebut.
8. Masukkan sudip berisikan bancuhan tepung, kacang dan ikan bilis ke dalam minyak.
9. Biarkan bahan tersebut lurut daripada sudip apabila dimasukkan ke dalam minyak.
10. Biarkan rempeyek berenang sebentar di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan dan rangup.
11. Angkat rempeyek daripada kuali dan toskan minyaknya ke tepi.
12. Nikmati rempeyek anda yang fresh dari kuali!
Apabila rempeyek anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!
Sumber resepi: RJ Ibrahim.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!