Lebih 8K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Sagu Gula Melaka Yang Mudah Dan Menyelerakan
Cuba resepi ini berserta tips yang diberikan untuk sagu gula melaka yang pasti jadi dan enak dikongsi seisi keluarga.
Ceriakan petang anda dengan sagu gula melaka untuk seisi keluarga
Siapa tidak kenal pemanis mulut yang warna-warni ini? Menjadi pelengkap setiap hidangan di majlis-majlis serata Malaysia, pemanis mulut ini memang antara kegemaran ramai. Mana tidaknya, dengan rasanya yang lemak manis, teksturnya yang kenyal, dan warnanya yang menceriakan, kanak-kanak turut suka!
Walaupun nampak mudah, pencuci mulut ini lebih rumit dari kita jangkakan. Selalunya, sagu akan pecah, menjadi terlalu lembik ataupun keras. Tetapi, menggunakan tips dan resepi ini, pasti anda kagum dengan hasil yang bakal anda dapat! Langkahnya mudah sahaja jika anda menggunakan teknik yang betul! Jom kita tengok bagaimana untuk mendapatkannya?
Untuk resepi sagu gula melaka yang ringkas dan sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Nur Syaidatul Fazreen yang telah mendapat sebanyak 8k perkongsian!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 cawan sagu
- 6 cawan air
- Daun pandan (opsyenal)
- Pewarna makanan
- Gula melaka
- Gula pasir
- Santan atau susu sejat
- Garam
Mari lihat cara untuk membuatnya:
2. Masukkan sagu (yang tidak dibasuh) kedalam air yang mendidih.
3. Kacaukan sagu hanya bila perlu (jangan kacau kerap).
4. Didihkan sagu untuk lebih kurang 10 minit sehingga jernih sepenuhnya (tiada putih ditengah).
6. Lalukan sagu dalam penapis di bawah air.
8. Selepas itu, basuhkan penapis anda dengan segera supaya tidak tersumbat.
9. Toskan sagu sekali lagi ke dalam penapis.
10. Masukkan sagu ke dalam bekas dan letakkan pewarna makanan mengikut citarasa anda.
13. Dalam kuali, masukkan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan sedikit air.
14. Didihkan air gula tersebut hingga gula larut.
15. Dalam kuali lain, panaskan santan dan sedikit garam sehingga larut.
16. Akhir sekali, hidangkan sagu bersama air gula melaka dan santan ataupun susu sejat.
Sagu gula melaka anda sedia untuk dihidang!
Apabila sagu gula melaka anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan sejuk pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!
Sumber resepi: Nur Syaidatul Fazreen.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!