makan

Lebih 3K 'Shares', Ini Resepi Nasi Minyak Simple, Sedap & Mudah Dihasilkan

Dah lama tak makan nasi minyak...

Cover image via Cik Puan Sarah (Facebook)

Bosan hari-hari dengan nasi putih? Jom cuba masak nasi minyak ini, boleh makan dengan lauk rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah dan macam-macam lagi...

Image via diksinews

Ada yang rindu nak makan nasi minyak? Haa dah ada resepi ni boleh buat di rumah je. Tak perlu tunggu kenduri kahwin dah... Jom belajar masak!

Bahan-bahan:

Bahan kisar :

  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 4 biji bawang putih 
  • 1/2 inci halia 

Bahan lain:
  • Kismis
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Kayu manis
  • 1 sudu besar Planta
  • Daun pandan
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • 5 sude besar minyak masak

Cara penyediaan:

1. Kisarkan semua bahan kisar sehingga lembut. 
2. Panaskan minyak masak, minyak sapi dan Planta dalam rice cooker. 
3. Tumiskan buah lawang, buah pelaga dan kayu manis.
4. Masukkan daun pandan. 
5. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi. Biarkan seketika. Masukkan kiub ayam. 
6. Letakkan kismis dan susu cair. Biarkan sehingga kering. 
7. Kemudian, masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. 
8. Masukkan air masak (seperti masak nasi biasa). Biarkan sehingga masak. 

Ta-daaaa, siap dah nasi minyak yang wangi lagi sedap. Boleh dihidangkan ayam masak merah. Aromanya... umphh membuatkan tak sabar nak menjamu selera!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dah masak nasi minyak, nak masak lauk apa pula ye? Ini dia...

Hidangkan dengan minuman yang segar ini, fuh confirm padu!

More stories to read: