seismik

Ingin Berbuka Dengan Lauk Yang 'Simple' Tapi Sedap? Ikuti Resipi Ayam Masak Merah Ini

Makan dengan nasi putih panas-panas saja pun dah cukup sedap!

Cover image via SAYS

Ingin hidangkan lauk yang senang dimasak untuk santapan sekeluarga? Jom masak Ayam Masak Merah hari ini!

Image via SAYS

Dapatkan resipi Ayam Masak Merah di sini:

Bahan-bahan (ayam):
- ½ ekor ayam
- Kunyit
- Garam

Bahan kisar:
-15 tangkai cili kering (direndam)
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia

Bahan tumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- ½ cawan cili sos
- 1 sudu besar garam
- Tomato
- Kacang peas
- 1 cawan air
- 1/2 cawan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL

Cara cara:
1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
2. Goreng separuh masak dan angkat.
3. Kurangkan minyak dan tumis bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang.
4. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
5. Masukkan cili sos dan garam.
6. Masukkan air dan biar mendidih.
7. Masukkan susu dan kacau.
8. Masukkan ayam dan gaul rata.
9. Masukkan kacang peas dan tomato. Masak hingga lembut.
10. Siap untuk dihidang!

Sebagai alternatif kepada santan, anda boleh gunakan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL untuk hidangan Ayam Masak Merah!

Image via SAYS

Tingkatkan kandungan nutrisi hidangan berbuka anda dengan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL, dengan 56% lebih kandungan protein, dan 25% lebih kalsium berbanding dengan susu biasa.

Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL juga mengandungi 75% kurang laktosa dan hanya 1% lemak berbanding dengan susu biasa yang mengandungi 4% lemak. Diperkaya pula dengan 9 jenis vitamin, iaitu A, B1, B3, B6, B12, C, D, E dan Asid Folik, ia amat sesuai untuk mengekalkan tenaga dan kesihatan sepanjang bulan Ramadan ini.

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dapatkan lebih banyak resipi di sini: