makan

Koleksi 10 Resepi Ayam Ringkas Anda Wajib Belajar Masak Sebelum Umur 30 Tahun

Keluarga dan rakan-rakan pasti akan kagum jika anda ketahui memasak kesemua resepi masakan ayam ini.

Cover image via MyResipi

1. Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Image via MyResipi

Khas untuk penggemar makanan pedas, hidangan ayam masak merah memanglah antara lauk yang paling popular dinikmati di Malaysia. Anda boleh menggunakan resepi ringkas ini untuk membuat ayam masak merah seperti yang selalu didapati di kenduri! Anda boleh mengawal tahap kepedasan lauk ini dengan mengubah kuantiti cili yang digunakan mengikut citarasa anda. 

Dapatkan resepi penuh Ayam Masak Merah di sini

2. Ayam Masak Ros

Ayam Masak Ros

Image via MyResipi

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih istimewa daripada ayam masak merah, bolehlah anda menghasilkan masakan ayam masak ros ini. Resepinya hampir sama seperti ayam masak merah, tetapi menggunakan pelbagai rempah ratus seperti bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan serai untuk mendapatkan kuah yang lebih berperisa dan aromatik.  

Dapatkan resepi penuh Ayam Masak Ros di sini.

3. Ayam Masak Lemak Cili Api

Ayam Masak Lemak Cili Api

Image via MyResipi

Sesiapa saja akan suka hidangan masak lemak cili api ini. Bunyi macam susah untuk dimasak, tetapi sebenarnya senang nak buat. Campak-campak semua dalam satu periuk, tunggu beberapa minit, pastu dah siap! Dengan menggunakan bahan-bahan wangi seperti halia, serai, daun kunyit dan cili api, anda dapat menghasilkan kuah yang cukup aromatik dan menyelerakan. 

Dapatkan resepi penuh Ayam Masak Lemak Cili Api di sini.

4. Ayam Goreng Berempah Serai

Ayam Goreng Berempah Serai

Image via MyResipi

Resepi ayam ini khas untuk anda yang gilakan ayam goreng! Menggunakan pelbagai rempah ratus seperti jintan putih, jintan manis, serbuk ketumbar dan pelbagai lagi bahan wangi, anda pasti dapat menghasilkan ayam goreng yang sangat rangup dan lazat! Lauk ini sedap dimakan dengan nasi putih panas dan sayuran, tapi kalau nak ratah saja pun sedap. Memang layan!

Dapatkan resepi penuh Ayam Goreng Berempah Serai di sini.

5. Kari Ayam

Kari Ayam

Image via MyResipi

Kari Ayam memang satu resepi lauk ayam yang semua patut tahu nak masak. Masakan ini sangat lazat untuk dihidangkan dengan pelbagai benda seperti nasi putih, roti paratha atau roti putih pun boleh! Anda boleh membuat resepi ini terlebih dahulu dan membekukannya untuk dinikmati pada masa yang lain. 

Dapatkan resepi penuh Kari Ayam di sini. 

6. Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap

Image via MyResipi

Jika anda seorang yang sedang berbajet, anda bolehlah membuat resepi ringkas ini yang hanya menggunakan bahan-bahan murah seperti kicap, sos tomato, bawang, halia dan bawang besar, untuk mendapatkan anda hidangan yang sangat lazat. Hidangan ini sangat simple dan sedap untuk dimakan bersama nasi putih panas dan telur dadar! 

Dapatkan resepi penuh Ayam Masak Kicap di sini.

7. Ayam Paprik

Ayam Paprik

Image via MyResipi

Hidangan ayam paprik memang sesuai untuk sesiapa yang selalu kesuntukan masa untuk memasak. Lauk ini sangat senang untuk dimasak dan merupakan hidangan yang sangat seimbang kerana mengandungi sayuran dan protein. Anda boleh menggantikan ayam dengan apa-apa daging yang membangkitkan selera anda. 

Dapatkan resepi penuh Ayam Paprik di sini. 

8. Ayam Masam Manis

Ayam Masam Manis

Image via MyResipi

Hidangan ayam masam manis memang antara hidangan klasik Asia yang digemari di merata-rata tempat. Dengan rasa masam manis yang seimbang, hidangan ini pasti dapat memikat selera tetamu dan juga disukai oleh kanak-kanak. Anda boleh mengubah kekuatan rasa masam atau manis mengikut citarasa anda sendiri. 

Dapatkan resepi penuh Ayam Masam Manis di sini. 

9. Singgang Ayam

Singgang Ayam

Image via MyResipi

Singgang Ayam adalah lauk makan malam yang sangat ringkas untuk dibuat. Hidangan ini merupakan hidangan tradisi orang melayu yang jarang dijumpai sekarang. Menggunakan resepi simple ini, anda bolehlah menghasilkannya di rumah anda sendiri! Memang sedap untuk menikmati hidangan ini untuk memanaskan badan pada waktu cuaca sejuk.

Dapatkan resepi penuh Singgang Ayam di sini. 

10. Ayam Golek

Ayam Golek

Image via MyResipi

Jika anda penggemar roast chicken, anda haruslah cuba resepi ayam golek ini yang pasti akan mendapatkan anda ayam yang cukup flavourful dan juicy! Dengan penggunaan pelbagai bahan segar seperti lengkuas, halia, bawang putih, buah keras dan pelbagai lagi dalam perapannya, hidangan ini pasti dapat memuaskan selera anda dan membuat anda menjilat jari! 

Dapatkan resepi penuh Ayam Golek di sini. 

Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via says.com

Dapatkan banyak lagi resepi-resepi ayam ringkas di bawah:

Sedang mencari resepi-resepi masakan melayu yang ringkas? Ikutilah resepi-resepi di bawah: