seismik

8 Resepi Ayam Panggang Ringkas & Sedap Anda Boleh Hasilkan Dalam Masa Yang Singkat

Resipi-resipi ayam bakar ringkas ini pasti dapat memikat selera apa-apa citarasa yang anda ada.

Cover image via MyResipi

1. Ayam Bakar Lada Hitam

Ayam Bakar Lada Hitam

Image via MyResipi

Ayam Bakar Lada Hitam ini pasti dapat memikat selera sesiapa pun. Dengan menggunakan bahan-bahan aromatik seperti bawang putih, lengkuas, halia, serai dan asam gelugur, ayam bakar ini memang juicy dan penuh dengan rasa yang pasti akan membuat anda jilat jari. :P  

Dapatkan resipi penuh Ayam Bakar Lada Hitam di sini.

2. Ayam Bakar Tandoori

Ayam Bakar Tandoori

Image via MyResipi

Selalu tak puas hati dengan ayam tandoori yang dimakan di kedai mamak yang selalu kering dan rasa tak fresh? Kini, anda boleh hasilkan Tandoori homemade ini yang sangat lazat dan ringkas! Hidangan ini memang sedap untuk dimakan dengan roti pita, nasi putih ataupun boleh dibuat sandwic!

Dapatkan resipi penuh Ayam Bakar Tandoori di sini. 

3. Ayam Bakar Berempah Ratus

Ayam Bakar Berempah Ratus

Image via MyResipi

Resipi ini memang perfect untuk penggemar kari! Rasa hidangan sedikit pedas dan manis dengan penggunaan serbuk rempah kari dan madu. Tapi anda boleh kurangkan atau tambahkan ukuran bahan-bahan ini mengikut citarasa anda sendiri. Perapan ayam ini juga memang best untuk membuat ayam barbeku! 

Dapatkan resipi penuh Ayam Bakar Berempah Ratus di sini. 

4. Ayam Panggang Oregano

Ayam Panggang Oregano

Image via MyResipi

Seperti resipi di atas, resipi ini pun sedap dihidangkan untuk keluarga. Serbuk oregano akan memberikan masakan anda rasa lebih kepada masakan Mediterranean, yang selalu menggunakan herba ini dalam masakan mereka.

Untuk yang sedang berdiet, gunakan dada ayam untuk kurangkan intake lemak dan tingkatkan lagi intake protein dalam diet anda.

Dapatkan resipi penuh Ayam Panggang Oregano di sini.

5. Ayam Panggang Pudina

Ayam Panggang Pudina

Image via MyResipi

Resipi Ayam Panggang Pudina ini sangat unik kerana menggunakan daun pudina dalam perapannya. Anda pasti akan terpikat dengan aroma yang sangat harum dan kuat apabila sedang dibakar dalam ketuhar.

Dapatkan resipi penuh Ayam Panggang Pudina di sini. 

6. Ayam Panggang Bawang Putih Dan Herba

Ayam Panggang Bawang Putih dan Herba

Image via MyResipi

Jika anda suka kombinasi rasa yang klasik, bolehlah try resipi ini! Dengan hanya menggunakan kombinasi bawang putih, black pepper, mixed herb dan sedikit jus lemon untuk perap ayam, anda dapat menghasilkan hidangan yang sangat flavourful dan sangat perfect untuk dimakan bersama kentang panggang yang rangup! 

Dapatkan resipi penuh Ayam Panggang Bawang Putih Dan Herba di sini. 

7. Ayam Panggang Daun Kunyit

Ayam Bakar Daun Kunyit

Image via MyResipi

Untuk yang mengidam ayam bakar, tapi mempunyai citarasa yang lebih kepada masakan tradisional, bolehlah try Ayam Bakar Daun Kunyit Ini.

Diperap dengan bahan-bahan tradisi masakan Melayu seperti daun kunyit, serai, bawang merah, halia, kunyit hidup, cili kisar, rempah kari, dan asam jawa, ayam bakar ini cukup sedap dan memang lain daripada yang lain. Best dihidangkan sebagai lauk untuk nasi putih panas untuk hidangan makan malam anda! 

Dapatkan resipi penuh Ayam Bakar Daun Kunyit di sini.

8. Ayam Panggang Lemon

Ayam Panggang Lemon

Image via MyResipi

Ayam panggang ini cukup flavourful dengan penggunaan perapan sos barbeku, jus lemon, herba rosemary keringhalia, dan bawang putih. Rasanya sedikit masam-manis, dan anda boleh gunakan perapan yang sama untuk membuat sayur panggang seperti lobak merah, capsicum dan terung! Memang lazat untuk dihidangkan sebagai sajian makan malam keluarga. 

Dapatkan resipi penuh Ayam Panggang Lemon di sini. 

Inginkan lagi resipi-resipi yang ringkas dan sedap? Lihat di bawah: