seismik

10 Idea 'Breakfast' Mudah & Ringkas Anda Boleh Masak Untuk Keluarga

Resipi yang sangat simple! :D

Cover image via My Resipi

1. Telur kukus

Image via My Resipi

Inginkan breakfast yang healthy? Resipi Telur Kukus yang mengandungi telur, daun bawang, daun sup, cili merah, bawang dan udang ini khas untuk anda. Gaul sahaja semua bahan-bahan dan kukus. Senang sangat!

Dapatkan resipi penuh Telur Kukus di sini.

2. Sosej Kacang Panggang

Image via My Resipi

Baked beans yang dimasak dengan sosej goreng, cendawan dan cili benggala ini sangat sesuai untuk sarapan pagi. Enak dimakan dengan roti!

Dapatkan resipi penuh Sosej Kacang Panggang di sini.

3. Pancake Mudah

Image via My Resipi

Untuk anda yang sukakan pancake yang fluffy, anda boleh mengikuti resipi ini. Hidangan ini memang sedap dimakan dengan sos maple syrup!

Dapatkan resipi penuh Pancake Mudah di sini.

4. Salad Telur Hancur

Image via My Resipi

Jika anda ingin menjimatkan masa, anda boleh hasilkan resipi ini. Kombinasi telur goreng, lobak merah, kubis, tomato, bawang, cili merah dan ditabur dengan sos mayonis ini memang simple dan sedap!

Dapatkan resipi penuh Salad Telur Hancur di sini.

5. Baked Beans ala Bergedil

Image via My Resipi

Ingin hasilkan hidangan lain daripada lain untuk breakfast? Resipi Baked Beans Begerdil cukup unik ini boleh dibuat menggunakan lima bahan sahaja. 

Dapatkan resipi penuh Baked Beans ala Bergedil di sini.

6. Sosej Roll Rangup

Image via My Resipi

Hidangan sosej bersalut roti dan digoreng ini cukup enak dan crispy. Anda pasti akan suka Resipi Sosej Roll Rangup ini!

Dapatkan resipi penuh Sosej Roll Rangup di sini.

7. Chocolate French Toast

Image via My Resipi

Sukakan sesuatu yang sweet untuk breakfast? Jom ikuti resipi Chocolate French Toast cukup ringkas ini!

Dapatkan resipi penuh Chocolate French Toast di sini.

8. Bergedil Ayam/Daging

Image via My Resipi

Jika korang gemarkan hidangan yang klasik, anda boleh hasilkan resipi Bergedil ayam atau daging lembu dengan mengikut selera anda. Jom buat! 

Dapatkan resipi penuh Bergedil Ayam/ Daging di sini.

9. Roti Goreng Nestum

Image via My Resipi

Jika ingin hasilkan menu sedikit lain, anda boleh buat roti bersalut Nestum ini! Makan bersama madu pun sedap!

Dapatkan resipi penuh Roti Goreng Nestum di sini.

10. Apam Strawberi

Image via My Resipi

Makan Apam untuk breakfast pun best jugak! Apam berinti jem strawberi yang comel ini memang senang untuk dibuat. Sekali dah cuba pasti nak lagi!

Dapatkan resipi penuh Apam Strawberi di sini.

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Dapatkan banyak lagi resipi menarik di sini: