9 Resepi Ayam Flavourful & Mudah Anda Boleh Hasilkan Menggunakan Dada Ayam. Simple Je!
Dapatkan resepi-resepi lauk dada ayam yang lazat dan menyihatkan ini!
1. Ayam Goreng Bunga Kantan
Hidangan Ayam Goreng Kantan ini memang unik kerana aroma bunga kantan yang wangi menjadikan resepi ini lain daripada yang lain. Ditambah pula dengan cili merah dan cili hijau pedas yang pasti menaikkan selera anda. Wajib cuba!
Dapatkan resepi penuh Ayam Goreng Bunga Kantan di sini.
2. Pepes Ayam
Resepi Pepes Ayam ini sangat mudah untuk disediakan tetapi hasilnya sangat menakjubkan. Anda hanya perlu menyediakan bahan kisar dan memanggang dada ayam di dalam lapisan daun pisang dan aluminium foil sahaja. Penggunaan daun pisang menambahkan aroma yang sangat wangi kepada hidangan ini.
Dapatkan resepi penuh Pepes Ayam di sini.
4. Ayam Taucu Pedas
Resepi Ayam Taucu Pedas yang unik ini pasti akan menaikkan selera anda kerana hidangan ini mempunyai rasa umami dari taucu. Bukan itu sahaja, resepi ini juga mempunyai rasa pedas dari cili api dan cili padi yang pasti akan membuatkan anda mahu lagi.
Dapatkan resepi penuh Ayam Taucu Pedas di sini.
5. Ayam Goreng Bijan
Resepi Ayam Goreng Bijan ini pasti akan laku di meja makan kerana rasanya yang sesuai dengan cita rasa semua orang. Resepi ini juga hanya menggunakan bahan-bahan yang simple seperti sos tiram dan minyak bijan. Tambahan jus perahan lemon menjadikan resepi ini sangat unik.
Dapatkan resepi penuh Ayam Goreng Bikan di sini.
6. Ayam Goreng Cendawan
Hidangan Ayam Goreng Cendawan ini sangat memuaskan kerana mempunyai cendawan kering dan cendawan butang. Resepi ini juga mempunyai kacang snow pea yang menambahkan tekstur menarik kepada hidangan ini. Bukan itu sahaja, resepi ini juga sangat sihat dan sesuai untuk anda yang sedang berdiet kerana hidangan ini kaya dengan protein.
Dapatkan resepi penuh Ayam Goreng Cendawan di sini.
7. Ayam Lada Hitam
Jika anda minat makanan yang mempunyai kick, anda wajib sekali mencuba resepi Ayam Lada Hitam ini. Di samping mempunyai rasa lada hitam yang mantap, resepi ini juga mempunyai rasa kicap dan sos tiram yang penuh dengan umami. Bukan itu sahaja, resepi ini juga mudah untuk disediakan kerana anda hanya pelu menumis semua bahan-bahan dalam satu kuali sahaja.
Dapatkan resepi penuh Ayam Lada Hitam di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!