x

makan

Ini Cara Masak Sweet Sour Chicken Stail Cina Yang Simple. Resepi Keluarga Turun Temurun!

Dihidangkan dengan nasi panas-panas... Emm, perfect!

Cover image via @ellinachan (Instagram)

Hello semua, pening kan hari-hari fikir menu yang sama je? Nak masak apa? Hmm, apa kata kita tukar selera pula? Kita try masakan cina?

Resepi ini resepi dari my dad tau... So, I can guarantee sedap!

Image via foodtasia.com

Sweet sour chicken ni memang my favourite dish bila dah bosan dengan ayam goreng, ayam kicap and segala jenis ayam. So, my dad akan masak sweet sour chicken ni sebab senang dan yang paling penting sedap. Makan dengan nasi putih je pun dah onz! Tak perlukan lauk lain. Selalunya akan dihidangkan masa makan malam. Kalau nak hidang untuk lunch pun takde masalah.

Bahan yang diperlukan:

Bahan untuk salutan ayam:

  • Ayam (dipotong kecil)
  • Tepung jagung
  • Lada sulah
  • Kicap cair
  • 1 biji telur

Bahan untuk sos:

  • Nanas (dipotong kecil)
  • Timun (dipotong dadu)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Bell pepper hijau dan merah (dipotong kecil)
  • Sos tomato
  • Gula secukup rasa
  • Bawang putih (dicincang)

Cara penyediaan:

1. Perasakan ayam dengan kicap cair dan lada sulah.
2. Campurkan tepung jagung dan telur. Gaul sehingga sebati. 
3. Salutkan ayam dengan adunan tepung jagung dan telur. 
4. Gorengkan ayam dengan menggunakan api sederhana sehingga keperangan. 
5. Toskan dan letak atas pinggan. 
6. Untuk sos, tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak.
7. Masukkan semua bahan sayur-sayuran.
8. Masukkan sos tomato dan gula secukup rasa. Masakkan selama 5 minit. 
9. Tuangkan sos ke atas ayam yang telah disiap goreng. 
Image via ezgif.com

Ta-daaaaa. Siap dah sweet sour chicken! Dihidangkan dengan nasi panas-panas. Nikmatnya tak terhingga...

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi masakan cina yang lain?

Resepi air fryer yang senang?