makan

Lebih 26K 'Shares', Ini Resepi Udang Butter Nestum Yang Rangup & Menyelerakan

Happy tummy!

Cover image via Rosni Musa (Facebook)

Udang masak lemak cili api? Udang sambal? Udang labu? Udang apa lagi yang you guys tak pernah cuba?

Kepada peminat seafood seperti udang, jom sediakan masakan ini! Confirm anda suka...

Udang yang sangat juicy dan rangup ini semestinya menggamit selera. Memang puas kalau dimakan dengan nasi. Nak ratah saja pun boleh, umphh nikmat! Sangat sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang. Jom follow resepi ini!

Bahan-bahan:

  • 1/2kg udang yang besar
  • 3 sudu besar butter
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji cili api 
  • Tepung jagung
  • Lada sulah
  • Daun kari

Cara penyediaan:

1. Perasakan udang dengan garam secukup rasa.
2. Masukkan lada sulah dan gaul sehingga sebati. 
3. Salutkan udang dengan tepung jagung. Gaul rata.
4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing dengan menggunakan api besar. Angkat dan toskan.
5. Panaskan butter dalam kuali.
6. Kemudian, tumiskan bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau.
7. Masukkan Nestum dan perasakan dengan Maggie cukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata.
8. Akhir sekali, masukkan udang. Kacau sehingga rata. 

Senang bukan? Simple dan mudah disiapkan... Sedia untuk dihidang. Anak-anak dan keluarga pasti suka!

Kredit resepi: Rosni Musa

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi udang yang lain?

Nak tips-tips yang berguna semasa di dapur:

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan gajet dapur yang berguna ini:

You may be interested in: