makan

Ini Resepi Viral Kerabu Kerang Ala Thai Yang Sedap & Simple. Memang Ketagih Sekali Makan!

Masam-masam pedas, so juicy...

Cover image via Nor Ariffin & Ekin OmAr

Suka makan kerang? Dah bosan dengan kerang bakar atau kerang rebus... Nak tukar selera? Jom kita masak kerabu kerang ala Thai. Tak tipu, sedap sangat!

Nampak tak betapa fresh dan rasa juicy tu? Terliur dah nak makan. Lagi sedap kalau makan dengan nasi panas-panas. Tunggu apa lagi... Jom masak! 

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • 5 biji cili merah besar
  • 15 biji cili padi
  • 5 biji bawang putih
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar air limau kasturi
  • 5 sude besar gula perang
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk perasa ayam Maggie
  • 1 cawan air

Bahan sampingan:

  • Daun ketumbar (dihiris nipis)
  • Kubis (dihiris nipis)
  • Lobak merah (dihiris nipis)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Kerang 

Cara penyediaan:

1. Rendamkan kerang dengan cuka selama sejam. Bersihkan. 
2. Kemudian, rebus kerang selama 2 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk.
3. Mula-mula kisarkan bahan kisar.
4. Kemudian, didihkan bahan kisar sehingga cili masak.
5. Masukkan air tepung jagung. Kacau sebati sehingga pekat dan likat. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
6. Letakkan daun ketumbar, lobak merah dan kubis yang dihiris nipis. Gaul rata.

Masam-masam pedas, sedia untuk dihidang... So juicy!

Kredit resepi: Ekin OmAr 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang

Image via Seismik Makan

Rindu makanan Thai? Tak perlu pegi Thailand dah:

Inginkan resepi yang simple dan sedap?