makan

Lebih 1K 'Shares', Ini Cara Hasilkan Mini Sosej Puff Pastry 4 Bahan Guna Air Fryer

Bukan anak-anak saja yang suka... seisi keluarga pun gembira!

Cover image via Nur Azirah Mohd Salleh (Facebook)

Tau tak anda boleh hasilkan pastry guna air fryer di rumah saja?

Jom hasilkan mini sosej puff ni untuk kudapan!

Image via @cuti_makan

Bahan dan cara penyediaan yang cukup mudah. Sambil kemas rumah, boleh sambil tunggu puff ni siap... Nampak sedap kan? Jom inilah masanya!

Bahan-bahan:

  • Puff Pastry Square (dipotong menjadi dua bahagian)
  • Sosej (direbus dan dipotong dua)
  • Keju keping (dipotong dua)
  • Kuning telur

Cara penyediaan:

1. Mula-mula, letakkan puff pastry sheet. Kemudian, kepingkan keju dan sosej.

2. Gulung.

3. Sapukan kuning telur.

4. Bakar pada suhu 165 °C selama 10 minit.

Simple dan senang kan? Tengok pastry kuning keemasan. Emm, rangupnya!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi air fryer?