10 Jenis Kerabu Unik & Ringkas Anda Boleh Buat Malam Ini
Macam-macam kerabu boleh buat ni! :D
1. Kerabu Bunga Betik
Tahukah anda bunga betik sangat berkhasiat dan boleh tolong anda untuk mengubati masalah seperti penyakit darah tinggi. Antara hidangan boleh anda hasilkan menggunakan bunga betik ialah Kerabu Bunga Betik. Sangat healthy dan lazat!
Dapatkan resipi penuh Kerabu Bunga Betik di sini.
3. Kerabu Nenas Berkacang
Sukakan kerabu yang manis dan pedas? Resipi Kerabu Nenas Berkacang ini boleh anda buat. Buah nenas ini digaul dengan bawang, cili padi, jus limau dan kacang. kombinasi masam dan manis ini memang sedap dan sesuai untuk dihidangkan sebagai lauk sayur untuk dimakan dengan nasi.
Dapatkan resipi penuh Kerabu Nenas Berkacang di sini.
4. Kerabu Ikan Bilis Garing
Bagi penggemar ikan bilis, hidangan Kerabu Ikan Bilis Garing pasti anda akan suka. Ikan bilis yang garing yang dicampur dengan bahan-bahan seperti mangga muda, bunga kantan, cili merah, cili padi, jus limau dan bawang membuat kerabu ini menjadi lebih flavourful.
Dapatkan resipi penuh Kerabu Ikan Bilis Garing di sini.
6. Kerabu Telur Masin
Pelbagai hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan telur masin. Resipi ini antara cara paling ringkas dan sedap untuk membuat. Telur masin akan memberi banyak flavour kepada kerabu ini. Untuk yang sukakan telur masin, pastikan anda cuba resipi ini!
Dapatkan resipi penuh Kerabu Telur Masin di sini.
8. Kerabu Nangka Muda
Bukan sahaja hidangan Kerabu Nangka Muda ini unik dan lazat, tetapi nangka muda ini juga akan memberi banyak manfaat untuk kesihatan seperti menurunkan kolestrol dan tekanan darah tinggi. Resipi ini diperbuat daripada campuran nangka muda, santan, bawang, cili merah, udang kering, lada hitam dan jus limau. Memang enak!
Dapatkan resipi penuh Kerabu Nangka Muda di sini.
9. Kerabu Ikan Kembung
Ingin hasilkan kerabu yang mengandungi ikan? Anda boleh cuba resipi ini. Dengan isi ikan kembung yang direbus dan digaul bersama bahan-bahan seperti daun ketumbar, kacang tanah, mangga muda, bawang merah dan cili merah, resipi kerabu ini memang memuaskan!
Dapatkan resipi penuh Kerabu Ikan Kembung di sini.
10. Kerabu Siam Kacang Botor
Khas untuk anda yang sukakan ulam kacang botor, resipi kerabu yang berperisa tom yam ini mengandungi kacang botor, udang rebus, cili merah, jus limau dan kacang tanah sangat mudah untuk dibuat dan juga sangat berkhasiat. Yang sukakan ulam, confirm akan suka resipi ini!
Dapatkan resipi penuh Kerabu Siam Kacang Botor di sini.