8 Kedai Makan 'Muslim-Friendly' Anda Wajib Cuba Jika Di Melbourne
Khas untuk korang yang tak boleh hidup tanpa nasi! :P
Jangan risau, ini adalah kedai-kedai makan terkenal bagi pengunjung Muslim ketika berada di Melbourne:
1. CBS Kebabs @ Flinders Street
Kebab akan jadi pilihan terbaik apabila sedang mencari makanan halal di luar negara. Jadi, sekiranya di Melbourne, jom cuba CBS Kebabs yang menyediakan pelbagai masakan halal yang semuanya enak seperti Lamb Kebab, Falafel dan lain-lain. Memang padu!
Alamat: CBS Kebabs, Flinders Street, Melbourne
Waktu Operasi:
10 pagi - 4 pagi (Ahad - Khamis)
10 pagi - 7 pagi (Jumaat - Sabtu)
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
2. I Love Istanbul @ Lygon Street
Minat masakan Turki? Dengan suasana restoran yang menenangkan, restoran ini menyajikan hidangan masakan Turki yang authentic. Jangan terlepas untuk mencuba dessert dan Turkish Coffee mereka di sini juga!
Alamat: I Love Istanbul, Lygon Street, Carlton, Melbourne
Waktu Operasi:
9.30 pagi - 11 malam (Ahad - Khamis)
9.30 pagi - 1 pagi (Sabtu & Jumaat)
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
3. Dolan Uyghur Food Heaven @ Little Lonsdale Street
Terkenal dengan pelbagai jenis masakan Asia, restoran Dolan Uyghur Food Heaven menyediakan menu yang confirm akan memuaskan selera anda. Antara hidangan popular mereka di sini ialah Lamb Noodles, Spiced Cumin Lamb Skewer dan banyak lagi menu yang boleh anda cuba di sini!
Alamat: Dolan Uyghur Food Heaven, Little Lonsdale Street, Melbourne
Waktu Operasi: 11.30 pagi - 10 malam (setiap hari)
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
4. Nelayan Restaurant @ Swanston Street
Bagi penggemar masakan Indonesia, jangan terlepas untuk merasakan masakan Indonesia di restoran ini sebelum anda pulang. Dengan lauk-pauk yang begitu authentic, restoran ini memang khas untuk anda yang wajib makan nasi!
Alamat: Nelayan Restaurant, Swanston Street, Melbourne
Waktu Operasi: 11 pagi - 9 malam (setiap hari)
Status: Halal
5. PappaRich
Mengidam masakan Malaysia apabila di Melbourne? Anda boleh memuaskan keiinginan masakan tempatan anda di Papparich. Tak kira anda inginkan Nasi Lemak, Roti Canai, Kari Laksa atau Nasi Ayam, semuanya ada di sini!
Cawangan: Queen Victoria Building | Collins Street
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
6. Tiba's Lebanese Restaurant @ Roxburgh Park
Jika anda sedang mencari masakan Arab yang sedap, anda boleh menikmati masakan-masakan menarik dan mengenyangkan seperti Hummus, Shawarma, Shish Kebab dan banyak lagi. Tempat ini juga menjadi tumpuan untuk sarapan pagi. Jom cuba di sini!
Alamat: Tiba's Lebanese Restaurant, Somerton Road, Roxburgh Park, Melbourne
Waktu Operasi:
7 pagi - 10 malam (Isnin - Ahad)
Tutup setiap Selasa.
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
7. Shakahari Vegetarian Restaurant @ Faraday Street
Restoran popular ini memang terkenal dengan hidangan specialty mereka iaitu Vegetarian Satay yang menggunakan tauhu sebagai daging dan dihidang pula dengan kuah kacang dan nasi kunyit yang cukup menyelerakan!
Menu appetizer dan dessert yang unik di sini juga wajib anda cuba. Antaranya ialah Avocado Wedges dan Tofu Caramel. Memang menarik!
Alamat: Shakahari Vegetarian Restaurant, Faraday Street, Carlton, Melbourne
Waktu Operasi:
12 tengah hari - 3 petang, 6 petang - 9.30 malam (Isnin - Khamis)
12 tengah hari - 3 petang, 6 petang - 10.30 malam (setiap Jumaat)
6 petang - 10.30 malam (setiap Ahad)
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
8. Fina's Vegetarian Cafe @ Victoria Street
Restoran vegetarian ini juga wajib ada dalam list makan anda di Melbourne jika anda teringin masakan Vietnam. Tempat ini menyediakan aneka pilihan Vietnamese cuisine seperti Vegetarian Pho, Bahn Mi, Rice Paper Rolls dan lain-lain. Masakan tempatan Malaysia di sini pun ada tau!
Alamat: Fina's Vegetarian Cafe, Victoria Street, Richmond, Melbourne
Waktu Operasi:
10 pagi - 3 petang, 5 petang - 10 malam (Isnin - Sabtu)
Tutup setiap Ahad.
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!