7 Sup ‘Healthy’ Dan Lazat Anda Harus Cuba Jika Anda Nak Kurangkan Berat Badan
Sup-sup ini sangat mudah dibuat, menggunakan bahan-bahan semulajadi, dan sangat healthy untuk yang sedang berdiet ;D
Hidangan sup merupakan antara yang terbaik jika anda sedang berdiet untuk kurangkan berat badan
Ini sangat betul, terutamanya apabila sup dibuat dengan bahan-bahan natural dan penuh dengan sayur-sayuran berkhasiat.
1. Sup Ayam Special
Sup ayam ini pastinya akan menjadi staple makan malam anda. Dengan menggunakan pelbagai rempah-ratus, seperti bunga cengkih dan kuntum bunga lawang, anda akan mendapat kuah yang cukup wangi dan sangat lazat. Sup ini juga dapat menguatkan sistem imun badan anda.
Dapatkan resipi Sup Ayam Special di sini.
2. Sup Tauhu
Tauhu merupakan antara sumber protein yang terbaik di dunia. Tambah lagi dengan bahan-bahan yang sangat bernutrisi seperti lobak merah, bawang merah dan bawang putih, sup ini dapat membekalkan badan dengan nutrien-nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan badan anda.
Dapatkan resipi Sup Tauhu di sini.
3. Sup Udang
Bagi penggemar seafood, bolehlah cuba buat resipi ini. Menggunakkan asam jawa, sup ini berperisa masam-manis yang akan membuat anda cukup berselera. Untuk dinner yang simple, healthy dan sedap, hidangkan sup ini dengan nasi beras perang, bersama dengan telur dadar! Memang padu!
Dapatkan resipi Sup Udang di sini.
4. Sup Salad
Untuk sesiapa yang sentiasa berbajet ketat, bolehlah cuba membuat sup ini. Dengan menggunakan 6 bahan saja, sup ini memang senang untuk dibuat, dan juga lazat untuk dimakan. Juga menggunakan daun salad, sup ini teramatlah healthy dan juga mengandungi kurang karbohidrat!
Dapatkan resipi Sup Salad di sini.
5. Sup Telur
Juga dikenali sebagai egg drop soup, resipi ini memang mudah untuk dibuat, dan sangat sedap! Menggunakan telur, sup ini mempunyai tekstur yang unik dan cukup flavourful. Telur juga merupakan antara sumber protein yang terbaik! Anda boleh makan sup ini dicicah dengan roti wholemeal ataupun dimakan dengan nasi beras perang.
Dapatkan resipi Sup Telur di sini.
6. Sup Cendawan
Sup cendawan ini sangat sedap dan bernutrisi tinggi. Cendawan oyster merupakan bahan yang sangat rendah kalori, tidak berlemak dan tidak berkolesterol. Selain itu, cendawan oyster juga dapat membekalkan anda dengan protein, fibre, kalsium, vitamin dan banyak lagi nutrien yang berfaedah untuk badan anda.
Dapatkan resipi Sup Cendawan di sini.
7. Sup Bayam
Dengan hanya menggunakan 5 bahan, sup ini merupakan hidangan paling healthy dan sangat senang untuk anda sediakan. Menggunakan bayam, sup ini memang akan berasa manis secara natural dan penuh dengan nutrien-nutrien seperti protein, kalsium, potasium, vitamin B dan macam-macam lagi.
Dapatkan resipi Sup Bayam di sini.