seismik

8 Resipi Baru Untuk Cuba Jika Anda Terasa Nak Makan 'Noodles' Hari Ini

Nak buat untuk hidangan jamuan pun boleh!

Cover image via MyResipi

1. Mihun Goreng Taucu

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 1 paket mihun (Direndam dan tuskan)
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 250 g daging (Dihiris nipis dan direbus sehingga lembut)
  • ½ cawan air
  • ½ cawan taucu
  • 1 pokok sawi/sayur kucai
  • 100 g kubis (Diracik)
  • ½ batang lobak merah (Diparut)
  • 3 sudu makan minyak masak


Bahan B (Hiasan):

  • 1 keping tauhu goreng (Dihiris nipis)
  • 1 pokok daun sup (Diracik)
  • 1 pokok daun bawang (Diracik)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • Sedikit bawang goreng


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan daging. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
  3. Apabila daging sudah empuk, masukkan taucu, mihun dan semua sayur. Kacau rata semua bahan.
  4. Hidangkan dan hiaskan dengan bahan B.

Sumber resipi: MyResipi

2. Yee Mee Berkuah

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

  • 4 keping yi mi kering
  • 3 ulas bawang putih (Dicencang)
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • 100 g isi ayam (Dipotong kecil)
  • 100 g bebola ayam
  • 1 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 100 g bunga kubis
  • 1 batang lobak merah (Dipotong)
  • 1 sudu makan tepung jagung (Dibancuh dengan ½ cawan air)
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun sup
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan lada hitam
    sehingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan bebola ayam. Kemudian kacau rata.
  3. Masukkan air, kiub pati ayam, bunga kubis, lobak merah, dan
    garam. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan masakkan lagi
    sehingga mendidih.
  5. Tuangkan ke dalam pinggan berisi yi mi.
  6. Taburkan daun bawang dan daun sup di atasnya dan hidangkan
    semasa panas.

Sumber resipi: MyResipi

3. Mee Kari Nyonya

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 500 g isi ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 paket bebola ikan
  • 2 keping tauhu goreng (dipotong kecil)
  • 10 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan (dibelah 4)
  • Garam secukup rasa
  • 500 g mi kuning (dicelur dan tuskan)


Bahan B (Bahan Hiasan):

  • 1 cawan tauge (dibuang akar)
  • 2 biji telur rebus
  • Bawang goreng secukupnya
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya (dihiris)


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis serai dan hirisan bawang sehingga layu.
  2. Masukkan serbuk kari ayam dan cili kisar. Kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan santan dan air. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan bebola ikan, tauhu goreng, daun kesum, bunga kantan, dan garam.
  6. Masukkan mi kuning, bahan hiasan, dan kuah ke dalam mangkuk. Hidangkan.


Sumber resipi: MyResipi

4. Mihun Sup Perut

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

  • 500g perut lembu
  • Sedikit halia (untuk rebusan)
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • ( Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar bersama)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 5 cawan air
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 kiub pati daging
  • Garam secukup rasa
  • 500 g mihun (direndam)
  • 1 mangkuk tauge (dibuang akar)
  • 1 ikat kangkung (dipotong)
  • 10 biji cili api
  • 2 ulas bawang putih      
  • ( Cili api dan bawang putih diketuk bersama)  
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 1 pokok daun sup (Dihiris)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)          
  • 4 keping tauhu goreng (Dihiris)  
  • 1 cawan bawang goreng

Cara-cara:

  1. Bersihkan perut dan rebus bersama halia sehingga mendidih. Tuskan air dan hiris kecil.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi.
  3. Masukkan air, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, sup bunjut, kiub pati daging, dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Di dalam periuk lain, celurkan mihun, tauge, dan kangkung. Tuskan.
  5. Gaulkan bahan tumbuk dengan jus limau nipis dan sedikit garam.
  6. Hidangkan mihun dengan sup, perut, bahan hiris, tauge, kangkung, dan bahan tumbuk.


Sumber resipi: MyResipi

5. Mee Calung

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 1 paket mi kuning (Dicelur)
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam
    (Bawang merah, bawang putih & lada hitam ditumbuk bersama)
  • 1 liter air
  • 1 rangka ayam (Dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 3 pokok sawi (Dipotong pendek)
  • 1 pokok daun sup (Dihiris)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • Sedikit bawang goreng
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Calung):

  • ½ cawan isi ikan tenggiri ataupun ikan selayang (Ditumbuk hancur)
  • 1 sudu teh lada hitam (Ditumbuk)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam secukup rasa

Bahan C (Sos Kicap Pedas):

  • 15 biji cili api
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan kicap cair

Cara-cara:

  1. Bagi membuat calong gaulkan semua bahan B. Buatkan bebola kecil kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A yang ditumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan rangka ayam. Masakkan sehingga mendidih.
  5. Apabila mendidih, asingkan rangka ayam tadi dan masukkan calong yang sudah dibuat bebola kecil tadi.
  6. Masukkan lobak merah dan biarkan mendidih perlahan-lahan. Masukkan sawi dan kacau rata.
  7. Apabila mendidih, tuangkan bahan sup ke atas mi.
  8. Taburkan daun sup, cili merah, dan bawang goreng. Hidangkan bersama sos kicap pedas.


Sumber resipi: MyResipi

6. Mee Goreng Basah

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (dimayang bulat kasar-kasar)
  • 1 keping dada ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 2 batang sayur sawi manis (dipotong kecil-kecil)
  • 1 sudu besar lada giling*
  • 1 sudu besar sos cili*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • 1 sudu besar gula*
  • 4 biji lada marang (dihiris nipis)
  • 1 biji lada besar (dihiris kasar-kasar)
  • 2 tangkai daun sup
  • 1 mangkuk air panas
  • 1 bungkus mi kuning


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali besar. Tumis bawang besar dan putih sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bahan * dan kacau sehingga sebati.
  3. Apabila sudah sebati, masukkan ayam. Kemudian, masukkan air panas.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa.
  5. Masukkan kicap dan gaul.
  6. Masukkan mi kuning dan sayur. Gaul.
  7. Tutup api apabila sudah sebati. Hidang dengan daun sup dan cili marang.

Sumber resipi: MyResipi

7. Mee Kari Thai

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 5 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam
  • 5 helai daun limau purut
  • 5 cawan santan
  • 2 sudu makan sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • ½ kg ayam (dipotong kecil)
  • 1 kg mi kuning (dicelur)
  • 2 keping tauhu (digoreng dan hiriskan)
  • 1 mangkuk tauge (dibuang akar)
  • 1 pokok daun ketumbar (dihiris kasar)
  • 3 biji limau kasturi (dibelah dua)


Bahan B (dikisar):

  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili hijau
  • 10 biji cili api hijau
  • 1 sudu teh belacan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak, tumiskan semua bahan B, cili kisar, dan serbuk kari ayam sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daun limau purut, santan, sos ikan, dan garam. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ayam dan masak lagi sehingga mendidih dan pekat.
  4. Hidangkan bersama mi kuning, tauhu, tauge, daun ketumbar, dan limau kasturi.


Sumber resipi: MyResipi

8. Laksa Johor Perantau

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 3 sudu rempah kari
  • 3 tin tuna
  • 1-2 cawan air
  • 1 sudu udang kering (yg telah dikisar)
  • 1-2 sudu kerisik
  • 1-2 keping asam keping
  • daun kesum
  • 1/2 cawan santan
  • garam & gula
  • minyak untuk menumis
  • cili kisar* (sekiranya suka pedas)


Cara-cara:

  1. Kisar dan tumis semua bahan bertanda *.
  2. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Tumiskan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tuna yang telah dikisar bersama 1 cawan air, udang kering, kerisik dan daun kesum. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan santan, asam keping, garam dan gula. Biarkan mendidih. Tambah air jika terlalu pekat.
  5. Hidang bersama timun, taugeh dan sambal belacan.


Sumber resipi: MyResipi

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Dapatkan banyak lagi resipi menarik untuk dicuba: