makan

Tips Jimatkan Cecair Pencuci Pinggan Di Rumah Guna Garam. Save & Double Up Sabun Anda!

Worry no more bila cuci pinggan...

Cover image via @AinulNunanaa (Twitter)

Perasan tak sabun pencuci pinggan kat rumah sentiasa cepat habis... Tak sampai sebulan memang dah habis satu botol. Kena pergi beli lagi sabun pencuci pinggan...

Image via GIPHY

Tak payah risau lagi sebab kita ada tips yang berguna daripada seorang pemilik akaun Twitter, @AinulNunanaa. Gadis ini berkongsi cara nak jimatkan sabun pencuci pinggan di rumah. Beli satu double up jadi dua. Fuh, power, memang jimat ni!

Jom follow tips daripada saudari Ainul!

Langkah 1: Bahagikan sabun cecair pencuci pinggan anda kepada dua botol. Kemudian masukkan dua sudu garam ke dalam setiap botol. Tunggu sehingga sebati.

Setiap pencuci sabun sememangnya mempunyai komponen utama iaitu sodium (Na) yang dikenali juga sebagai garam. Salah satu sebab kita tambahkan garam supaya garam itu cair dalam larutan sabun kemudian jadikan cecair itu lebih pekat. 

Langkah 2: Isi air sampai penuh dan goncangkan.

Image via imgur.com

Anda mesti tertanya-tanya kenapa perlu letak garam?

Menurut salah seorang pemilik akaun Twiiter @aiman_ideris, sabun akan jadi lebih berkesan jika ditambah dengan garam. Setiap pencuci sabun sememangnya mempunyai komponen utama iaitu sodium (Na) yang dikenali juga sebagai garam. Salah satu sebab kita tambahkan garam supaya garam itu cair dalam larutan sabun kemudian jadikan cecair itu lebih pekat.

Settle! Lebih banyak dan lebih jimat bukan? Satu botol jadi dua botol! Masa cuci pun senang, pinggan, mangkuk, periuk belanga anda bersih dan berkilat! Fuyooo...

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom dapatkan tips-tips dapur yang penting:

Dapatkan gajet dapur ini sebelum terlambat!

You may be interested in: