Tips Terbaik Menyimpan Makanan Agar Tahan Lagi Lama & Cara Mengesan Bahan Dapur Yang Rosak

Macam mana nak tahu kalau telur, susu, buah, sayur dan roti dah rosak?

Pernah tak anda membeli barang-barang dapur dalam kuantiti yang banyak tetapi anda tidak sempat untuk menggunakan kesemuanya sebelum tarikh luput?

Image via giphy.com

Walaupun makanan sudah melepasi tarikh luput, anda semestinya tidak mahu membazir, bukan? Jadi, macam mana nak tahu sama ada makanan tersebut masih selamat untuk dimakan atau tidak? 

Sesetengah barang dapur seperti telur, roti, sayur dan buah-buahan masih boleh digunakan walaupun sudah melepasi tarikh luput. Anda hanya perlu tahu cara-cara untuk mengenal pasti kesegaran barang-barang tersebut sahaja. 

Lihat di bawah untuk cara-cara mengesan jika 7 barangan dapur anda ini sudah rosak:

1. Telur

Image via beritagar

Tips 1: Perhatikan warna telur

Pecahkan telur dan perhatikan kedua-dua warna telur kuning dan telur putih. Telur yang sudah lama akan mempunyai telur kuning yang berwarna kuning pucat dan telur putih pula menjadi cloudy dan berwarna kekelabuan. Manakala telur yang segar akan mempunyai telur kuning berwarna kuning cerah dan telur putih yang jernih.

Tips 2: Hidu bau telur

Cara yang mudah untuk mengesan sama ada telur masih selamat untuk dimakan ialah dengan menghidu bau telur. Telur yang sudah rosak akan mempunyai bau yang kurang menyenangkan seperti sulfur. Tetapi telur yang masih segar tidak akan mempunyai bau yang kuat.

2. Bahan Tenusu

Image via iStock

Tips 1: Perhatikan rupa bahan tenusu 

Bahan tenusu seperti keju parutkeju krim, dan krim masam mengandungi kandungan kelembapan tinggi yang menggalakkan pembiakkan kulat. Jika bahan-bahan tersebut sudah mula berkulat, elakkan dari dimakan.  

Tips 2: Hidu bau bahan tenusu 

Bahan tenusu seperti keju dan susu pula mudah untuk dikesan jika rosak melalui baunya. Keju dan susu akan mempunyai bau masam dan tengik. Elakkan juga dari meminum susu yang mempunyai ketulan dan sudah terpisah dari cecairnya. Ini bermakna susu sudah basi.

3. Daging Ayam Dan Daging Lembu

Image via pinterest

Tips 1: Perhatikan warna daging

Daging lembu yang rosak akan mempunyai warna kelabu manakala daging yang segar akan mempunyai warna coklat kemerahan. Untuk daging ayam pula, elakkan dari menggunakan ayam yang sudah berwarna kelabu kebiruan. Walau bagaimanapun, daging yang sudah bertukar warna juga tidak bermakna daging sudah rosak. Tetapi daging yang berlendir pastinya sudah rosak.

Tips 2: Hidu bau daging

Daging ayam atau lembu yang rosak akan mempunyai bau masam atau lebih spesifiknya, bau ammonia. Jika daging bau tidak menyenangkan ketika dimasak, anda digalakkan untuk membuang daging. 

4. Makanan Laut

Image via aboutseafood

Tips 1: Hidu bau makanan laut 

Makanan laut seeloknya digunakan sebaik sahaja dibeli untuk memastikan kesegaran kerana makanan laut cepat untuk menjadi rosak. Dimana makanan laut yang segar mempunyai bau laut, makanan laut yang rosak pula mempunyai bau ammonia yang kuat di samping mempunyai luaran yang sangat berlendir.  

Image via siraplimau

5. Buah-Buahan

Image via hippie-in-heels

Tips 1: Perhatikan warna kulit buah

Buah-buahan yang sudah pudar atau bertukar warnanya, berkulit kedut, lembik dan hampir tertanggal kulit bermakna sudah lama dan tidak digalakkan untuk dimakan lagi. Contohnya, buah anggur yang kedut dan lembik bermakna ia sudah tidak selamat untuk dimakan. 

Tips 2: Hidu buah-buahan

Jika buah mempunyai bau masam yang kuat seperti cuka, ini bermakna buah sudah terlebih ranum dan busuk

6. Sayur-Sayuran Hijau

Image via riauaktual

Tips 1: Perhatikan warna sayur

Cara yang mudah untuk memastikan sama ada sayur hijau masih selamat untuk dimakan ialah dengan melihat warnanya. Apabila sayur sudah kurang segar, warnanya menjadi pudar ataupun kuning. Tetapi terdapat beberapa jenis sayur yang masih selamat untuk dimakan dengan hanya memotong bahagian yang sudah pudar warnanya.  

7. Roti

Image via kanal247

Tips 1: Perhatikan permukaan roti 

Roti yang sudah rosak akan mula berkulat. Jangan makan kepingan roti lain yang terletak dalam ruangan yang sama walaupun hanya satu roti sahaja yang tumbuh kulat. Ini kerana roti mempunyai lubang-lubang kecil yang mebolehkan kulat-kulat merebak ke roti yang lain. Kulat juga boleh membiak walaupun tidak boleh dinampak menggunakan mata kasar. 

Dengan mengetahui cara-cara untuk memastikan barang-barang dapur masih boleh disimpan selepas tarikh luput, anda kini tidak perlu lagi membazir makanan dengan sewenang-wenangnya. Mudah sahaja!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang

Image via Seismik Makan

Leave a comment