seismik

'Shopping' Semasa Kenyang & 6 Lagi Tips Untuk Jimat Belanja Barang Dapur Setiap Bulan

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Cover image via Safiyyah Osman | Robin Hammond

Terasa sukar untuk berjimat dengan harga barang yang kian meningkat?

Image via Tumblr

Jangan risau! Cuba idea-idea ini untuk membantu kurangkan perbelanjaan setiap bulan:

1. Buat shopping list

Image via Safiyyah Osman

Langkah ini wajib jika anda ingin berjimat-cermat. Untuk berbelanja dengan bijak, anda perlukan sebuah pelan, dan ianya bermula dengan senarai barang yang perlu dibeli. Dengan adanya senarai, bertambah mudahlah juga untuk anda menentukan bajet.

Membeli-belah tanpa grocery list amat berbahaya kerana anda berkemungkinan besar akan membeli barangan yang tidak diperlukan. Membeli-belah berpandukan senarai juga dapat menjimatkan masa kerana anda sudah mempunyai idea yang jelas apa yang perlu dibeli.

2. Jangan shopping semasa lapar

Apabila lapar, badan kita akan mencari sumber tenaga paling cepat - dan inilah sebabnya anda akan terasa seperti ingin memenuhkan troli anda dengan junk food seperti kerepek, gula-gula dan sebagainya. Makanan ringan seperti ini bukan sahaja akan menaikkan kos perbelanjaan, tetapi juga tidak sihat untuk dimakan selalu.

Jika perut sedang berkeroncong, alas perut dahulu sebelum membeli-belah. 

3. Periksa semua rak - bukan yang di paras mata sahaja

Secara semula jadinya, para pembeli akan lebih mudah tertarik dengan barangan yang tersusun kemas di paras mata. Kebanyakan pasar raya mengambil kesempatan ini sebagai taktik untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi.

Jika anda perasan, barangan yang terletak di rak yang mudah dilihat selalunya lebih mahal berbanding dengan yang terletak di rak paling atas atau paling bawah. Jadikan kebiasaan untuk menyemak harga kesemua produk untuk mendapatkan harga yang terbaik.

4. Beli-belah secara pukal

Image via Tribun Kaltim

Membeli secara pukal dapat mengurangkan kos per unit sesuatu barang itu. Jika terdapat promosi pukal atau jualan penghabisan stok di tempat anda membeli-belah, beli kuantiti yang banyak dan anda dapat menjimatkan kos anda untuk jangka panjang.

Jika anda membeli barang basah seperti daging dan makanan laut secara pukal, bekukannya supaya boleh digunakan di bulan-bulan yang akan datang.

5. Tahu juga bila untuk tidak membeli-belah secara pukal

Image via Domestic Soul

Secara amnya, bahan segar seperti sayuran dan buah-buahan tidak sesuai dibeli secara pukal. Barangan segar tidak tahan lama dan akhirnya akan menjadi pembaziran jika tidak sempat digunakan sebelum ianya layu atau busuk.

6. Mulakan aktiviti cucuk tanam di rumah

Image via Pinterest

Satu lagi cara untuk menjimatkan perbelanjaan anda ialah dengan menanam pokok-pokok anda sendiri di rumah. Kebiasaannya kita perlu membeli seikat daun pandan, daun sup dan sebagainya walaupun kuantiti yang diperlukan hanya sedikit. Selebihnya pula akan layu jika tidak digunakan dengan cepat.

Untuk mengurangkan pembaziran seperti ini, anda boleh mula menanam pokok-pokok beginner-friendly yang mudah dipelihara. Antaranya termasuklah daun pandan, daun limau purut, dan cili padi. Dengan cara ini, anda hanya perlu mengambil kuantiti yang diperlukan daripada koleksi anda, dan tidak perlu membelinya lagi.

7. Sertai program keahlian

Image via Aida The Pinky

Jika anda kerap berbelanja di pasar raya seperti Tesco, AEON, Hero Market dan sebagainya, pastikan anda mempunyai kad keahlian pasar raya tersebut. Dengan ini, anda dapat mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus untuk kupon diskaun. Di samping itu, anda dapat menikmati pelbagai jenis promosi seperti potongan harga khas untuk ahli, Member Day Sale dan sebagainya.

Hacks apa yang selalu anda gunakan untuk kurangkan belanja barang dapur setiap bulan? Kongsi dengan kami di ruangan komen!

Ingin jimat masa di dapur? Ketahui bagaimana untuk meal prep di sini:

Inginkan resipi-resipi budget-friendly untuk dimasak minggu ini? Dapatkannya di sini:

You may be interested in: