news

Askar Pangkat Mejar Lemas Semasa Latihan Renang

10 Oktober 2013, Mejar Nazri Abdul Rahman, 46, berenang untuk kali terakhir di Tasik Danau Tok Uban bersama rakan seperjuangannya. Al Fatiha.

Cover image via

Askar berpangkat Mejar Nazri Abdul Rahman, 46, mati lemas semasa menjalani latihan renang di Pasir Mas, Kelantan

Seorang askar berpangkat Mejar dari Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas mati lemas ketika menjalani latihan renang di Tasik Danau Tok Uban, di sini semalam.

malaysiandigest.com

Mangsa bersama 62 askar lain tengah menjalani latihan di Tasik Danau Tok Uban selama dua hari

Askar berpangkat Mejar Nazri Abdul Rahman, 46, mati lemas semasa menjalani latihan renang di Pasir Mas, Kelantan

Image via imgur.com

"Mangsa bersama 62 askar termasuk lima pegawai dari Kem Desa Pahlawan berkampung di Tasik Danau Tok Uban sejak dua hari lalu untuk menjalani latihan.

malaysiandigest.com

Difahamkan, seramai 62 anggota termasuk lima pegawai tentera mengikuti latihan bengkel bergerak itu sejak jam 8.30 pagi tadi.

hmetro.com.my

"Latihan melibatkan lima unit, iaitu perubatan, logistik, pemandu, bengkel dan tukang masak itu dijangka tamat pada petang ini (semalam)," katanya.

sinarharian.com.my

Mangsa dipercayai mengalami kekejangan kaki semasa berenang sejauh 100 meter

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, kejadian jam 12 tengah hari itu berlaku ketika mangsa, Nazri Abdul Rahman, bersama dua askar lain dikatakan sedang berenang merentasi tasik ke sebuah pulau kecil sejauh 100 meter dari jeti.

sinarharian.com.my

Menurutnya, selepas berenang sejauh 50 meter dari jeti utama di kawasan tasik berkenaan, Nazri dipercayai mengalami kekejangan kaki dan kemudiannya lemas.

utusan.com.my

Sebelum kejadian, mangsa bersama yang lain berenang sejauh 100 meter dari jeti terbabit ke sebuah pulau sebelum lemas ketika berpatah balik ke jeti.

hmetro.com.my

Dua anggota, Pegawai Waran II Zainuddin dan Sarjan Rozaimi, cuba menyelamatkan mangsa tetapi turut lemas

"Dua lagi anggota yang cuba untuk menyelamatkan mangsa turut lemas, bagaimanapun kedua-dua mereka ini berjaya diselamatkan oleh rakan mereka.

utusan.com.my

"Rozaimi kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Pasir Mas (HPM), manakala Zainuddin tidak mengalami sebarang kecederaan,"

utusan.com.my

Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik untuk mendapatkan rawatan

“Mangsa dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Tok Uban untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

sinarharian.com.my

Menurutnya, mangsa meninggalkan seorang isteri, Aini Juhaidi Ramli, 41, bersama empat anak yang masing-masing berusia antara 6 hingga 18 tahun.

Jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Batu Kurau, Perak untuk disemadikan.

malaysiandigest.com

Cerita lain yang anda perlu baca:

Have something to say about this? Facebook or Tweet us!

Get all latest news here on SAYS (@SAYSdotMY). Tweet us and let us know what's happening around you! We'll feature it on SAYS.

twitter.com

SAYS is Malaysia's social news network. Find today's must-share stories, news and videos everyday, produce and brought to you by Malaysian social media users!

facebook.com

You may be interested in: