Pemuda Dedah Tabiat Harian Ini Punca Dia Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik Seawal Usia Muda
Penyakit sekarang tak kira usia, hati-hati ya korang.
Cover image via @fynakal (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai ingat hanya minum air manis dan makan mi segera sekali-sekala tidak memberi kesan besar kepada kesihatan, rupa-rupanya boleh jadi 'silent killer'
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pemuda menerusi video TikTok, apabila dia mendedahkan dirinya kini menghidap Chronic Kidney Disease (CKD) walaupun masih muda.
Menurutnya, ramai sebenarnya tak sedar tabiat harian yang dianggap biasa inilah yang perlahan-lahan merosakkan buah pinggang.

Pemuda berkenaan juga menyenaraikan beberapa tabiat yang boleh meningkatkan risiko CKD.
Antaranya:
- Kerap minum air berkarbonat
- Makan mi segera terlalu kerap
- Minum kopi 3 in 1
- Ambil suplemen tanpa kawalan
- Guna produk pemutihan & ubat kurus sembarangan
Katanya, semua itu mungkin nampak remeh, tapi jika diamalkan berterusan, ia boleh memberi tekanan serius kepada buah pinggang.
"Kalau rasa nak cepat dapat penyakit buah pinggang, silalah makan benda-benda yang aku sebut," katanya berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing
Ada yang mengaku pernah mengamalkan gaya hidup sama, malah ada juga yang berkongsi kisah ahli keluarga yang terpaksa menjalani dialisis akibat kegagalan buah pinggang.
Perkongsian itu secara tak langsung membuka mata ramai tentang betapa seriusnya isu tersebut.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


