Ultra Heroes Bakal Gegar KL Dalam ULTRAMAN THE LIVE IN MALAYSIA 2026 Pada 12 Disember Ini

Jualan tiket secara rasmi bermula pada 8 Oktober 2026, pukul 12 tengah hari menerusi platform Fantopia.io.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

ULTRAMAN THE LIVE IN MALAYSIA 2026 yang dinanti-nantikan akan berlangsung pada 12 Disember 2026 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur!

Persembahan pentas secara langsung ini bakal membawa aksi, pertempuran hebat serta pertarungan antara kuasa kebaikan dan kejahatan, membawa para penonton ke dalam dunia Ultra Heroes. Mereka akan bergabung untuk menghentikan musuh tradisi mereka yang kuat, Ultraman Belial, daripada kembali menguasai dunia.

Kisah bermula dengan rancangan gelap Ultraman Tregear apabila Belial yang perkasa mengancam untuk bangkit semula dan membawa kembali kuasa Kegelapan. Berdepan ancaman ini, Ultra Heroes perlu bersatu menghadapi pelbagai cabaran untuk menghentikan Belial.

Apabila kuasa kebaikan dan kejahatan bertembung, keempat-empat Ultra Heroes akan berjuang dalam pertempuran hebat demi melindungi dunia dan mengembalikan keamanan.

SAYS.com
Image via Fantopia.io

Ultra Charge daripada para peminat akan memberi kekuatan kepada para hero 

Pertempuran antara kuasa kebaikan dan kejahatan bukan hanya tanggungjawab Ultra Heroes, para peminat juga memainkan peranan penting! Apabila Ultra Heroes berdepan musuh yang kuat, sorakan, jeritan dan sokongan daripada para peminat akan menjadi "Ultra Charge" untuk memberikan kekuatan tambahan kepada mereka.

Kali ini, peminat bukan sekadar menonton dari tempat duduk, tetapi turut menjadi sebahagian daripada pertempuran dengan memberikan sokongan dan membantu Ultra Heroes menentang Kegelapan! 

SAYS.com
Image via Tsuburaya Productions Co. Ltd

Ultra Heroes akan bersatu menghadapi kuasa Kejahatan. Dalam menghadapi pelbagai cabaran, mereka akan menunjukkan keberanian, kekuatan serta ikatan yang kukuh antara satu sama lain. Dengan kuasa kebaikan dan semangat kerjasama, mereka akan berjuang bersama untuk menghadapi ancaman terbesar.

Menggabungkan aksi menarik, pertempuran hebat serta kisah penuh keberanian dan persahabatan, ULTRAMAN THE LIVE IN MALAYSIA 2026 menjanjikan pengalaman langsung yang penuh aksi dan tenaga buat semua peminat Ultra. 

Pengalaman Ultra Live stage yang menarik

Selain jalan cerita yang menarik dan pertempuran hebat, ULTRAMAN THE LIVE IN MALAYSIA 2026 turut akan menghidupkan dunia Ultra Heroes melalui pencahayaan pentas, kesan bunyi dan elemen visual yang menarik. Dari kemunculan para hero sehinggalah ke pertempuran yang mendebarkan, penonton akan dibawa lebih dekat ke dalam jalan cerita dan menyaksikan pertembungan antara Cahaya dan Kegelapan secara langsung di atas pentas.

Sama ada anda peminat ULTRA sejak sejak sekian lama atau keluarga yang baru ingin mengenali dunia Ultra, semua boleh menikmati pengalaman penuh aksi, tenaga dan keseronokan bersama Ultra Heroes.

SAYS.com
Image via Fantopia.io
SAYS.com
Image via Fantopia.io

Sebanyak tiga sesi persembahan akan dilangsungkan sepanjang hari tersebut bagi memberi peluang kepada semua peminat untuk menyaksikan aksi Ultra Heroes secara bersemuka:

  • Sesi 1: 1:30 petang
  • Sesi 2: 4:30 petang
  • Sesi 3: 7:30 malam

‎

Jualan tiket akan dibuka secara rasmi pada 8 Oktober 2026 (Khamis), pukul 12 tengah hari. Terdapat pelbagai kategori tiket ditawarkan mengikut keselesaan anda:

  • Harga Tiket Individu: Bermula daripada RM88 hingga RM438.
  • Pakej Kumpulan (CAT 1 hingga CAT 3):
    • Pakej 5 Orang: Bermula daripada RM1,080 (Penjimatan kira-kira 10%).
    • Pakej 10 Orang: Bermula daripada RM1,910 (Penjimatan kira-kira 20%).

Pakej berkumpulan ini amat sesuai buat ibu bapa atau kumpulan rakan yang ingin hadir beramai-ramai sambil menikmati penjimatan harga tiket.

Jangan lepaskan peluang untuk melepaskan "Ultra Charge" anda dan memberikan sorakan semangat kepada para Ultra Heroes di pentas!

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut, layari platform tiket rasmi di Fantopia.io atau ikuti saluran media sosial rasmi Star Fortress untuk sebarang perkembangan terkini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: