MBM Mohon KBS Tangguhkan Pelaksanaan Perubahan Had Umur Belia Kepada 30 Tahun
MBM dikatakan bimbang insentif daripada pihak kerajaan terhadap golongan belia akan terjejas dan tidak diteruskan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Susulan pengumuman penguatkuasaan had umur belia 30 tahun bermula tahun hadapan baru-baru ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar pelaksanaannya ditangguhkan
Kenyataan tersebut telah mendapat banyak persetujuan dari beberapa majlis belia dari pelbagai negeri.
Antara yang memberi sokongan penuh adalah Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) yang memaklumkan kepimpinan belia rata-ratanya digerakkan oleh mereka yang berumur 30 tahun ke atas.
"Ini bukan satu 'u-turn'. Sebaliknya, ia adalah tindakan bertanggungjawab berpaksikan data, pengalaman dan realiti lapangan.
"Ekosistem semasa masih belum kondusif. Kepimpinan akar umbi digerakkan oleh mereka berumur 30 tahun ke atas, 400,000 belia 15-30 mash menganggur dan 3.1 juta dalam ekonomi gig.
"Kami sepakat dengan memohon pelaksanaan tergesa bukan menolak reformasi, tetapi menuntut agar ia berlaku dengan tertib, bukan terburu," kata kenyataan itu.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Visit MalaysiaBerharap pertubuhan belia dikecualikan daripada had umur yang dikenakan
Menerusi kenyataan itu, pihak MAYC turut menyokong cadangan MBM untuk pertubuhan belia MBM dikecualikan daripada had umur belia sedia ada.
"MAYC menyokong cadangan MBM agar YB Menteri mengecualikan pertubuhan belia MBM daripada tafsiran umur sedia ada, pelaksanaan ditangguhkan sehingga transisi benar-benar tersusun dan untuk perkara ini dibawa ke Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia untuk pertimbangan semula.
"Kami merayu kepada ihsan YAB Perdana Menteri agar mendengar suara pertubuhan belia negara.
"Langkah ini bukan untuk menjaga struktur semata, tetapi demi memastikan masa depan belia dibina dengan asas yang kukuh dan inklusif," jelas kenyataan itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via