Wanita Rayu Bantuan Orang Awam Kesan Suami Yang Hilang Ketika Pulang Kerja
Semoga dipermudahkan urusan akak ni untuk cari suami dia.
Cover image via @Miss_or_madam (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita merayu bantuan orang ramai untuk mengesan suaminya yang dilaporkan hilang sejak lebih 24 jam lalu ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur
Menurut laporan Kosmo!, wanita yang menetap di Kampung Baru itu, laporan polis telah dibuat dan hari ini merupakan hari kedua suaminya masih belum dapat dikesan.
Menerusi hantaran di Threads oleh pengguna @Miss_or_madam, dia memaklumkan suaminya tidak pernah sebelum ini gagal pulang ke rumah, menyebabkan dia bimbang akan keselamatan lelaki berkenaan.
"Tolong saya cari suami saya dekat mana. Dia tak pernah tak balik rumah. Dia hilang waktu dalam perjalanan balik dari tempat kerja (TTDI).
"Baju akhir dia pakai uniform kerja warna hitam. Motosikal warna ungu jenis RS150 dan helmet hijau turquoise. Tolong kongsi hantaran ni, saya merayu," katanya.


Hantaran berkenaan turut mendapat perhatian netizen yang mencadangkan wanita itu menghubungi bahagian sumber manusia di tempat suaminya bekerja bagi mendapatkan maklumat lanjut
Walau bagaimanapun, wanita itu memaklumkan perkara tersebut sudah dilakukan dan pihak tempat kerja hanya mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suaminya meninggalkan tempat kerja.
"Sudah. Ada televisyen litar tertutup (menunjukkan) dia balik kerja je. Saya tak pernah sangka akan dapat ujian macam ni. Doakan ya," ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan lelaki berkenaan diminta membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau menghubungi keluarganya.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


