10 Negara Dengan Gunung Berapi Aktif Paling Banyak, Indonesia Duduki Tangga Teratas

Menariknya, beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom turut berada dalam senarai ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Utusan Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebut tentang gunung berapi, Indonesia antara negara yang paling sinonim dengan fenomena alam tersebut

Malah, negara jiran itu menduduki tempat pertama dalam senarai negara yang mempunyai jumlah gunung berapi aktif paling banyak sejak 1960.

Menariknya, beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom turut berada dalam senarai ini.

Menurut laporan U.S. News, berikut ialah 10 negara yang merekodkan jumlah gunung berapi aktif paling banyak:

1. Indonesia – 55 gunung berapi

SAYS.com
Image via Berita Harian

Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi dengan 55 gunung berapi aktif sejak 1960.

Dalam tempoh sama, sebanyak 403 letusan direkodkan, menjadikannya negara dengan jumlah kejadian letusan paling banyak dalam senarai ini.

Kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik atau Ring of Fire menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada aktiviti gunung berapi dan gempa bumi yang tinggi.

2. Jepun – 40 gunung berapi

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Jepun berada di tempat kedua dengan 40 gunung berapi aktif.

Sebanyak 225 letusan direkodkan sejak 1960, dengan negara itu turut terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik yang terkenal dengan aktiviti tektonik tinggi.

3. Amerika Syarikat – 39 gunung berapi

SAYS.com
Image via Berita Harian

Tak ramai mungkin menyangka Amerika Syarikat berada dalam kelompok tiga teratas. Negara itu mempunyai 39 gunung berapi aktif sejak 1960, manakala 226 letusan direkodkan sepanjang tempoh tersebut.

Antara lokasi yang terkenal dengan aktiviti gunung berapi ialah Alaska dan Hawaii, termasuk Kilauea yang sering menjadi perhatian kerana aktivitinya.

4. Rusia -24 gunung berapi

SAYS.com
Image via Russia Beyond

Rusia mencatatkan 24 gunung berapi aktif sejak 1960. Walaupun jumlahnya jauh lebih rendah berbanding Indonesia, negara itu tetap merekodkan 214 letusan dalam tempoh berkenaan.

Kebanyakan gunung berapi aktif Rusia tertumpu di Semenanjung Kamchatka.

5. Chile – 15 gunung berapi

SAYS.com
Image via Utusan Borneo

Chile berada di tangga kelima dengan 15 gunung berapi aktif. Sebanyak 84 letusan direkodkan sejak 1960, dengan negara itu terletak di sepanjang kawasan pertemuan plat tektonik di Lingkaran Api Pasifik.

6. Papua New Guinea – 13 gunung berapi

SAYS.com
Image via Berita Harian

Papua New Guinea pula mempunyai 13 gunung berapi aktif. Namun, jumlah letusannya agak tinggi berbanding beberapa negara yang mempunyai lebih banyak gunung berapi, iaitu sebanyak 107 kejadian sejak 1960.

7. Ecuador – 12 gunung berapi

SAYS.com
Image via Buletin TV3

Ecuador merekodkan 12 gunung berapi aktif dan 66 letusan sejak 1960. Kawasan pergunungan Andes yang merentasi negara itu merupakan antara lokasi yang mempunyai aktiviti gunung berapi ketara.

8. Iceland – 10 gunung berapi

SAYS.com
Image via Berita Harian

Iceland mempunyai 10 gunung berapi aktif, dengan 27 letusan direkodkan sejak 1960.

Negara kepulauan itu mempunyai keadaan geologi yang unik kerana terletak di sepanjang Mid-Atlantic Ridge, iaitu kawasan pertemuan plat tektonik Amerika Utara dan Eurasia.

9. United Kingdom – 9 gunung berapi

United Kingdom turut muncul dalam senarai dengan sembilan gunung berapi aktif dan 15 letusan sejak 1960.

Angka tersebut turut mengambil kira kawasan serta wilayah di bawah pentadbiran United Kingdom yang mempunyai sejarah aktiviti gunung berapi.

10. Tonga – 9 gunung berapi

SAYS.com
Image via Kosmo!

Melengkapkan senarai ialah Tonga dengan sembilan gunung berapi aktif. Sebanyak 25 letusan direkodkan sejak 1960, selari dengan kedudukan negara kepulauan Pasifik itu di kawasan yang sangat aktif dari segi pergerakan plat tektonik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: