seismik

268 Imej CGI Dan 9 Lagi Perkara Tentang 'Ola Bola' Yang Masih Ramai Tak Tahu

Biar kami yang bongkarkan!

Cover image via Astro Shaw

1. Rumah Hantu funfair pelbagai guna

Set funfair ini dibina 'from scratch'.

Image via Astro Shaw

Sebuah funfair tahun 80-an, lengkap dengan Ferris wheel, carousel, dan gerai-gerai permainan telah dibina khas dan dirobohkan selepas beberapa hari penggambaran, kecuali Rumah Hantu, bukan kerana apa-apa yang menyeramkan.

Rumah Hantu itu kemudian diubah menjadi bahagian dalam helikopter di mana skuad Harimau Malaya menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita". Ya, mereka tidak menaiki helikopter sebenar untuk babak tersebut.

Rumah Hantu bertukar menjadi bilik persalinan.

Image via Astro Shaw

Selepas itu, ia bertukar pula menjadi bilik persalinan stadium untuk merakam salah satu adegan paling penting di mana Ali mengungkapkan quote popular, "Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama".

2. Stadium Merdeka jadi 4 tingkat dan misai Eric

Stadium Merdeka 4 tingkat.

Image via Astro Shaw

Terdapat sebanyak 268 imej janaan komputer atau CGI digunakan dalam filem Ola Bola. Selain membina semula stadium dari 2 tingkat kepada 4 tingkat, kesan CGI juga digunakan untuk meramaikan bilangan penonton di dalam stadium semasa perlawanan, serta menjelmakan helikopter tentera menggunakan skrin hijau.

Uishhhhh gempak habis. Sampai macam ni sekali CGI dia. Tapi nampak real giler …. Memang gempak habis #OlaBola . Patut la #KembalinyaKeyakinan . Korang kena tengok sendiri macam mana dia orang buat. SUPERB!!!

Posted by Astro Shaw Sdn Bhd on Saturday, January 30, 2016

Malah kesan CGI turut digunakan dalam adegan lain, seperti babak Ah Cai menjaringkan gol di funfair, dan juga misai Eric dalam beberapa adegan tertentu!

Eric tidak mengenakan misai pun sebenarnya dalam adegan di funfair.

Image via Astro Shaw

3. Bukan orang Korea yang ambil sepakan penalti

Anak kepada Wong Kam Fook.

Image via Astro Shaw

Pemain pasukan Korea yang mengambil sepakan penalti pada perlawanan terakhir itu sebenarnya dimainkan oleh anak kepada bekas penjaga gol kebangsaan Wong Kam Fook.

Dan lagi satu, anda perasan tak Pengarah Chiu juga ada membuat kemunculan cameo dalam filem ini? Mesti ramai yang tak perasan.

4. Maksud disebalik nama 'Harry Mountain' yang sangat deep

Harry Mountain bermaksud 'Harimau Turns'.

Image via Astro Shaw

Pernah tertanya-tanya kenapa watak jurulatih Inggeris itu diberi nama Harry Mountain?

Harry Mountain ... Harrymoun tain ... Harimau Turns!

Menurut Pengarah Chiu, kehadiran Harry adalah bertujuan untuk "menghidupkan semula pasukan Harimau Malaya" daripada pasukan belasahan kepada sebuah pasukan yang digeruni di Asia.

5. Potret keluarga Rahman kurang sesaat

Potret keluarga Rahman.

Image via Astro Shaw

Chiu bersama krew produksinya memang terkenal dalam aspek memberi perhatian secara terperinci atau attention to detail. Sebagai contoh, terdapat satu potret keluarga Rahman tergantung di dinding rumahnya walaupun ternyata potret itu hanya muncul kurang daripada satu saat yang anda mungkin tidak perasan langsung!

6. Aksi gigit-menggigit

Image via Astro Shaw

Ah Cai atau "skru kecil" dalam skuad merupakan watak yang mempercayai perkara tahyul. Sifat ini boleh dilihat sepanjang filem, dari jersi No. 14 yang dikatakan "suei" atau membawa malang, kepada kalung azimat yang dipakainya, jersi dengan cop tokong, sehinggalah perbuatan menggigit kasut baru agar kasut itu tidak akan menyakiti kakinya kemudian.

Dan adakah anda perasan, Muthu juga meniru perbuatan Ah Cai dengan menggigit sarung tangan baru yang telah diberikan kepadanya oleh Eric, sebelum bermulanya perlawanan?

7. Beratus-ratus rambut palsu, beratus-ratus pelakon tambahan, dan beratus-ratus helaian jersi

Image via Astro Shaw

Untuk mewujudkan suasana tahun 80-an, sebanyak 252 rambut palsu digunakan untuk digayakan kepada pelakon, termasuk beratus-ratus pelakon tambahan atau ekstra. Dan beberapa rambut palsu juga diperbuat daripada rambut sebenar!

Selain itu, lebih daripada 180 helai jersi negara-negara yang berbeza telah dihasilkan untuk filem ini.

8. Jersi No. 9 Balak Eric

Image via Astro Shaw

Adakah Eric dapat memakai jersi No. 10? Sebenarnya, Balak Eric pada pemulaan filem telah pun memberi jawapan untuk persoalan ini.

Kalau mata anda cukup tajam, anda akan dapat lihat jersi yang dipegang oleh Balak Eric di tangannya ketika bertemu Marianne merupakan jersi No. 9. Perasan tak?

Kenalah tonton lagi sekali kalau masih tak yakin!

9. Bruce Lee 'ka-cha'!

Image via Astro Shaw

Bruce Lee memang cukup terkenal dalam lingkungan tahun 80-an dan legasi lagenda itu masih tidak terpadam sehingga ke hari ini. Bukan sahaja Rahman yang meniru gaya 'ka-cha' semasa menjadi pengulas, poster Bruce Lee, dan superstar Teresa Teng dan Brigitte Lin turut muncul beberapa kali dalam adegan hostel.

10. Kemunculan Dato Rahim Razali dan Datuk Soh Chin Aun

Watak cameo personaliti sukan Dato Rahim Razali dan Datuk Soh Chin Aun memberi penonton satu kejutan yang amat menyentuh hati.

Sebelum menjadi pelakon, Dato Rahim Razali merupakan pengulas sukan paling berpengaruh di negara. Manakala Datuk Soh Chin Aun pula merupakan salah seorang pemain utama yang terlibat dalam menjulang pasukan Malaysia ke sukan Olimpik Moscow 1980.

Fakta menarik: Datuk Soh Chin Aun juga diberi gelaran 'Tauke' oleh rakan sepasukan pada waktu itu.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda dah tengok macam mana rupa sebenar para pelakon Ola Bola in real life?

Baca juga tentang pengalaman berharga yang dikutip oleh teraju utama filem ini DI SINI:

You may be interested in: