104,000 Lot Kubur Baharu Bakal Dibina Di Hulu Semenyih, Siap Dengan Jalan Pintas Terus Ke Lebuhraya SILK

Projek yang menggunakan kaedah pertukaran tanah (land swap) itu dijangka siap pada 2029.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Prolintas

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan MADANI bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengumumkan pembangunan tanah perkuburan awam baharu seluas 222.68 ekar di Hulu Semenyih bagi menampung keperluan pengebumian umat Islam di Wilayah Persekutuan yang semakin meningkat

Apa yang menarik, projek ini bukan sekadar membina kawasan perkuburan, malah turut melibatkan pembinaan jalan pintas sepanjang 4.34 kilometer yang menghubungkan Sungai Lalang terus ke Lebuhraya Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) bagi memudahkan akses ke kawasan tersebut.

Menurut kenyataan JAWI di laman Facebook, projek berkonsepkan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) itu dijangka menyediakan sehingga 104,000 lot kubur, sekali gus mampu menampung keperluan pengebumian untuk tempoh kira-kira 28 tahun akan datang.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Selain kawasan perkuburan, kemudahan seperti surau, pejabat pentadbiran, ruang pengurusan jenazah, kuarters kakitangan dan pondok kawalan juga akan dibina

Dalam masa sama, JAWI menegaskan projek ini bukan penswastaan tanah perkuburan. Tanah tersebut kekal dimiliki Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan telah diwartakan sebagai tanah perkuburan awam, manakala operasi pengurusan selepas siap akan dikendalikan sepenuhnya oleh JAWI.

Projek yang menggunakan kaedah pertukaran tanah (land swap) itu dijangka siap pada 2029, sekali gus menjadi antara penyelesaian jangka panjang terhadap isu kekurangan tapak pengebumian di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Lihat kenyataan JAWI di bawah:

SAYS.com
Image via Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI (Facebook)
SAYS.com
Image via Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik