11 Pelajar Matrikulasi Johor Bakal Lanjut Pengajian Bidang Kritikal Di Australia & NZ

Tahniah buat semua! Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Bestari

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan semua orang berpeluang menyambung pengajian ke luar negara, lebih-lebih lagi ke negara yang terkenal dengan sistem pendidikan bertaraf dunia seperti Australia dan New Zealand

Namun, rezeki itu berpihak kepada 11 pelajar cemerlang dari Kolej Matrikulasi Johor apabila mereka terpilih menerima Tawaran Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) bagi melanjutkan pengajian ke dua negara tersebut.

Peluang tersebut diberikan selepas mereka menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang sepanjang mengikuti Program Matrikulasi Sesi 2025/2026.

SAYS.com
Image via Sinar Bestari
SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Bakal sambung pengajian dalam bidang yang diperlukan negara

Lebih menarik, kesemua pelajar ini akan mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang kritikal yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara pada masa hadapan.

Antara bidang yang bakal diceburi ialah:

  • Sains Komputer
  • Perakaunan
  • Fizik
  • Matematik
  • Biologi
  • Kimia

Bidang-bidang ini dijangka melahirkan lebih ramai profesional, penyelidik serta pakar yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara pada masa depan.

SAYS.com
Image via Sinar Bestari
SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Ini senarai pelajar yang menerima tawaran

Sains Komputer

  • Amree Asyraf Zahirul
  • Nursyazwani Syahidah Syahrul Azreen
  • Muhammad Altamis Zafran Mohd Affendy

Perakaunan

  • Muizzuddin Sarifin
  • Nur Aisyah Muhamad Azman

Fizik

  • Nurul Huda Aliah Hirman
  • Nur Dania Erisya Mohd Amiruddin

Matematik

  • Nur Izyan Badrina Mohd Taufiq

Biologi

  • Nur Imanina Aqilah Ahmad Faizal

Kimia

  • Duratul Ain Azmarrullah
  • Nur Arisya Aqila Mohd Nazli

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: