seismik

11 Perkara Hebat Di Konsert World Tour Demi Lovato Yang Tak Mungkin Dapat Kami Lupakan

Bagi yang terlepas konsert 'DEMI World Tour' Demi Lovato, kami sediakan sedikit sebanyak perkara yang hebat berlaku semasa berlangsungnya konsert tersebut.

Cover image via Instagram.com

Pada malam Isnin lalu, penyanyi terkenal, Demi Lovato telah mengadakan sebuah konsert 'DEMI World Tour' yang berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur

Selain daripada Malaysia, Demi Lovato turut mengadakan konsert di negara-negara Asia lain seperti Singapura, Filipina, China, Cambodia, dan Vietnam.

Banyak perkara yang sangat hebat berlaku sepanjang konsert Demi Lovato dilansungkan. Antara yang kami tak dapat lupakan adalah:

1. Apabila artis tempatan, Zun Zen Wong membuat persembahan pembukaan dengan menyanyikan lagu 'See You Again' oleh Wiz Khalifa dan Charlie Puth

Lagu ini memang sering menyentuh perasaan pendengar. Lagi-lagi apabila dinyanyikan dengan suara yang merdu.

2. Apabila Demi Lovato mulakan persembahan 'DEMI World Tour' dengan lagu 'Really Don't Care'

3. Apabila Demi memberi inspirasi dengan memberitahu peminatnya bahawa setiap seorang daripada mereka amat penting dan bermakna

Inspiring Speech @ddlovato #demilovatomalaysia #demiworldtour #demiworldtourmalaysia #DemiLovatoInMalaysia

A video posted by Fadli Ayub (@fadliayub) on

4. Apabila Demi berkongsi bahawa kekuatan untuknya menyanyikan lagu 'Warrior' datang dari peminatnya

Menurut Demi, lagu 'Warrior' bersifat peribadi. Walau bagaimanapun, Demi tetap menyanyikan lagu tersebut untuk peminatnya kerana beliau tahu ramai di antara peminatnya yang menjadikan lagu tersebut sebagai kekuatan diri dan inspirasi.

5. Apabila Demi mengatakan "Walaupun saya tiada di sisi anda, saya sentiasa akan berada dekat dengan anda melalui muzik saya"

Image via Instagram

6. Apabila Demi cakap kepada kami "Anda duduk? Anda mahu saya duduk sekali? Jom! Bangun!" Ya, Demi bercakap dengan kami!

Image via Instagram

Jangan salah sangka. Demi bercakap begitu kerana kami berada di tempat media dan kami terpaksa duduk untuk memberi peluang kepada penulis lain untuk menyaksikan persembahan Demi.

7. Apabila Demi mengatakan kepada peminatnya betapa hebatnya mereka kerana masih ingat lirik kepada lagu-lagu lamanya seperti 'Don't Forget', 'Catch Me', 'Get Back' dan 'The Middle'

Lovatics sing along beautifully for #DemiWorldTourMalaysia !

A video posted by Bella D. Luffy (@bella.mitchie) on

8. Apabila Demi seringkali mengingatkan peminatnya "Anda cantik" dan "Anda hebat" sepanjang persembahannya termasuklah semasa beliau menyanyikan lagu "Neon Lights"

9. Apabila Demi menyanyikan lagu 'Skyscraper' dengan penuh tenaga

10. Atau semasa Demi menyanyikan lagu popular filem 'Frozen', 'Let It Go'

11. Apabila Demi mula mengetuk dram dan mencampakkan kayu dram

Konsert dan persembahan Demi Lovato pada malam itu memang sangat hebat. Sehari selepas konsert, Demi Lovato 'membawa' teman lelakinya, Wilmer Valderrama ke Batu Caves. Sangat comel!

Selain Demi Lovato, Boyce Avenue turut turun ke Malaysia untuk membuat persembahan bagi peminat-peminat di sini. BACA SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: