seismik

12 Askar Israel Dimasukkan Ke Hospital Selepas Disengat Tebuan Di Selatan Gaza

Sebelum lebah, tentera Israel terlebih dahulu pernah diserang oleh anjing liar.

Cover image via @Nadira_ali12 (X) & The Siasat Daily

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua belas askar cedera selepas dikejutkan oleh serangan tebuan di selatan Semenanjung Gaza pada Jumaat, 10 Mei

Menerusi laporan, insiden itu berlaku di tengah-tengah operasi oleh Briged Selatan Bahagian Gaza di kawasan sempadan, berhampiran komuniti Nirim.

Ia berlaku apabila sebuah kereta kebal telah melanggar sarang tebuan yang besar, menyebabkan serangga itu menyengat askar-askar berkenaan. 12 orang askar terpaksa menerima rawatan di hospital

Sebelum ini, askar tempur IDF telah menjadi sasaran serangan oleh kumpulan anjing liar di dalam Semenanjung Gaza sejak beberapa hari lalu.

Namun, dilaporkan tiada yang cedera dalam serangan anjing itu.

Israel telah menyerang sebahagian Gaza termasuk Rafah, di mana tentera rejim Zionis memperluaskan perintah pemindahan.

Serangan itu dilakukan ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa pencerobohan langsung ke bandar berkenaan berisiko membawa kepada bencana hebat.

Kematian rakyat Palestin sehingga kini telah mencecah lebih 35,000 orang ketika Israel kembali menyerang Gaza kononnya untuk menghapuskan lokasi persembunyian Hamas.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: