seismik

12 Jenis Reaksi Peminat Selepas Ketahui Zizan Dan Emma Maembong Putus Cinta

Desas-desus keretakan hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak akhirnya terjawab.

Cover image via Instagram Zizan Razak

[TERKINI] Cinta Zizan Dan Emma Maembong Bertaut Semula?!

Dalam pada itu, Kamal Adli menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan yang mengatakan dia adalah punca berakhirnya hubungan cinta Zizan dan Emma

Image via wp.com

“Sungguh! Saya tidak mempunyai sebarang ikatan cinta dengan Emma dan saya tidak tahu dari mana datangnya gosip tersebut. Mengapa nak tuduh saya sebagai orang ketiga sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu apa yang terjadi kepada mereka."

“Tentang hubungan mereka, saya tidak boleh beri komen kerana saya tidak terlibat dan saya percaya mereka mempunyai alasan yang tersendiri. Jadi tolong jangan kaitkan nama saya dalam hal yang berkaitan dengan hubungan Emma dan Zizan."

“Sudah-sudahlah, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan sesiapa dan apa yang penting bagi saya untuk tahun ini ialah fokus terhadap kerjaya saya. Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan tersebut, saya juga tak tahu apa yang mereka inginkan daripada saya sehingga timbul cerita rekaan seperti itu," tegasnya.

astrogempak.com.my

Sebelum Ini, Industri Hiburan Tanah Air Gempar Dengan Berita Perpisahan Pasangan Selebriti, Zizan Razak Dan Emma Maembong. Melalui Harian Metro, Emma Mengakui Segalanya Sudah Berakhir.

Hubungan cinta Emma dan Zizan akhirnya berakhir.

Image via ohbulan.com

Jadi betullah khabar angin yang bertebaran mengatakan hubungan Emma dan Zizan sedang bermasalah.

Melalui Harian Metro, Emma mengakui segalanya sudah berakhir dan menganggap tiada jodoh antara dirinya dan Zizan.

"Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham," ujar Emma Maembong.

ohbulan.com

Sejak Dari Minggu Lepas Lagi, Peminat Berteka-Teki Mengenai Status Hubungan Mereka Apabila Emma Mula Memuat Naik Video Lagu 'Already Gone' Nyanyian Kelly Clarkson Ke Laman Instagram Miliknya

Emma Juga Didapati Sudah Tidak Muat Naik Gambarnya Bersama Zizan Lagi. Ini Adalah Gambar Terakhir Yang Dimuat Naiknya Iaitu Pada 21 Disember Lepas. Namun Melalui Kapsyen, Ia Menunjukkan Bahawa Hubungan Mereka Masih Utuh.

Bila Lihat Pada Instagram Zizan Pula, Beliau Memuat Naik Gambar Di Bawah Ini Pada 2 Januari 2015 Beserta Kapsyen Yang Jelas Memaparkan Keinginannya Untuk Membawa Hubungan Mereka Ke Satu Tahap Yang Lebih Tinggi

Sebelum Ini Juga, Emma Digosipkan Menjalin Hubungan Cinta Bersama Kamal Adli. Emma Bagaimanapun Pantas Menangkis Dakwaan Tersebut.

Image via blogspot.com

Pelakon jelita, Emma Maembong menafikan dia sudah berpisah dengan Zizan Razak dan menegaskan tiada sebarang hubungan cinta dengan pelakon Kamal Adli.

Emma berkata, beberapa hari lalu Zizan bersama Kamal dan adiknya, Chacha terbabit dalam projek kelolaan bapanya yang juga pelukis terkenal Ismail Embong.

Katanya, dia turut menemani Zizan dan sangat terkejut apabila gosip itu timbul.

“Kami (dengan Kamal) tak rapat meskipun pernah berlakon bersama. Habis kerja kami tak pernah berhubung, jadi macamana boleh timbul kami bercinta dan dia dikatakan menjemput saya di lapangan terbang. Ini semua mengarut,” kata Emma.

Emma tidak menafikan ada pihak yang kurang senang dengan dia dan Zizan sehingga menyebarkan cerita palsu kepada media dengan tujuan menjatuhkan nama mereka.

“Kami tak takut kerana berada di pihak yang benar. Cuma saya kecewa apabila perkara ini mengundang rasa kurang senang keluarga dan ramai rakan juga tak putus-putus bertanya. Perkara ini juga secara tidak langsung mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap saya,” katanya lagi.

hmetro.com.my

Apa-Apa Pun, Tiada Siapa Tahu Sebab Disebalik Perpisahan Zizan Dan Emma. Sehingga Kini, Zizan Masih Lagi Tidak Memberikan Sebarang Komen.

Bagaimana Reaksi Peminat-Peminat Industri Hiburan Tempatan? Di Sini Kami Kumpulkan Antara 12 Reaksi 'Typical' Yang Membanjiri Ruangan Komen:

1. "Memang dari haritu lagi dah dengar khabar angin. Tak terkejut pun."

2. "Nafi punya nafi punya nafi tapi 'last-last' berkecai jugak. Kan senang kalau terus mengaku."

3. "Eh? Kenapa tiba-tiba je putus? Bukan ke diorang dah rancang nak kahwin tahun ni? Sayangnya!"

4. "NOOOOOOOOOOOOOOOO! Tak boleh terima! Zizan dan Emma pasangan selebriti paling 'sweet' kat Malaysia. Please get back together. Hmmm..."

5. "Ni mesti Kamal Adli punya pasal ni."

Image via hotlipscorner

6. "Atau mungkin sebab salah sorang curang? Yelah dua-dua pun 'famous' kan. Tak mustahil."

7. "Takpelah Zizan dan Emma. Mungkin bukan jodoh. Lebih baik putus sekarang daripada bercerai kemudian."

8. "Tulah, lain kali jangan sebok sangat asyik 'upload' gambar sana sini siap buat video semua. Sekarang apa dah jadi?"

9. "Takpe Zizan kau buat rilek je. Ramai gadis yang tergila-gilakan kau kat luar sana. Steady bro!"

10. "Alaaa Emma boleh dapat 'boyfriend' yang jauh lagi baik dari Zizan lah. Takdehal Emma memang takdehal."

11. "Tak sangka. Emma Maembong yang cantik macam ni pun boleh 'break' dengan Zizan. Rugilah kau Zizan oi."

12. "Ok jom buat 'matchmaking'. Dengan siapa agaknya Emma dengan Zizan akan bersama lepas ni ya?"

Sebelum Ini, Hubungan Neelofa Dan Hans Isaac Juga Terkandas Di Tengah Jalan

You may be interested in: