seismik

12 Perkara Yang Peminat K-Pop Malaysia Dah Tak Larat Nak Dengar

Ulang-ulang benda tu jugak.

Cover image via goctinnhanh.com

Kontroversi konsert artis K-Pop, B1A4 di Malaysia tempoh hari masih belum reda. Sempena dengan itu, apa kata kita lihat 12 kenyataan dari orang ramai mengenai K-Pop yang asyik diulang berkali-kali. Peminat K-Pop jangan marah ya.

1. "Dia ni lelaki ke perempuan? Lelaki sejati kenalah tall, dark and handsome bukan pale, skinny and pretty."

Image via blogspot.com

2. "Muka semua sama je aku tengok. Takde beza langsung."

Image via imgur.com

3. "Suara pun sama."

Image via blogspot.com

4. "Artis-artis k-pop yang kau minat ni mesti tak kenal kau kan?"

Image via tumblr.com

5. "Alaa ni semua plastik je. Bukannya real pun. Tolonglah."

Image via tumblr.com

6. "Kau bukan faham pun lagu-lagu diorang. Yang kau tahu 'oppa' dengan 'saranghae' je kan."

Image via tumblr.com

7. "Jadi... diorang ni sama lah macam Chinese dengan Japanese kan?"

Image via tumblr.com

8. "Diorang Kristian dan bawak pengaruh negatif kepada remaja."

Image via SAYS.com

9. "Peliknya pakaian diorang. Kau tengok Wonder Girls pakai Baju Kurung, jauh lagi cantik."

Image via SAYS.com

10. "Kiranya band ni macam N'Sync lah kan tapi versi Korea."

Image via SAYS.com

11. "Buat plastic surgery bagai, yang paling popular, paling kaya tetap PSY. Tak payah buat surgery pun."

Image via giphy.com

12. "Baik aku layan Nasyid, lagi berfaedah."

Ada lagi idea yang ingin anda kongsikan? Hantarkan kepada kami di Facebook atau Twitter.

Agak-agak isu ni bila nak habis?

You may be interested in: