120 Jentera, 630km Terokai Pahang, MX 2026 Tekankan Persediaan Rapi Dalam Ekspedisi 6H 5M

Mengangkat tema "From Exploration to Impact", BTB menggabungkan elemen penerokaan, keupayaan kenderaan, dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via By The Billions (BTB)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 120 jentera bakal menyertai ekspedisi rentas desa Malayan Xpedition (MX) 2026 yang menempuh laluan sejauh 630 kilometer (km) merangkumi lebuh raya hingga trek pembalakan licin dan tidak berturap di pedalaman Pahang

Ekspedisi yang berlangsung selama enam hari lima malam itu sudah penuh ditempah. Bagi memastikan perjalanan dilaksanakan secara selamat serta bertanggungjawab, pihak penganjur, By The Billions (BTB), menetapkan standard teknikal, keselamatan, dan pengurusan laluan yang ketat.

Mengangkat tema "From Exploration to Impact", BTB menggabungkan elemen penerokaan, keupayaan kenderaan, dan tanggungjawab terhadap alam sekitar sepanjang konvoi dari Selangor hingga Cherating.

Sejajar dengan pendekatan itu, BTB memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Enggang Management Services (EMS) dan Al-Sultan Abdullah Royal Tiger Reserve (ASARTR) menerusi Habitat Enrichment Project. Menerusi kerjasama ini, pasukan konvoi akan membawa dan menanam 500 anak pokok ara (Ficus sp.) daripada ASARTR Central Nursery di Kampung Mat Daling, Pahang, bagi membantu memperkukuh sumber makanan mangsa harimau Malaya yang terancam.

SAYS.com

Dari kiri: Nedree Nazlan (Pengasas By The Billions), Afiq Feisal (Rakan Pengasas & Ketua Komuniti), Haji Halmi Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Enggang Management Services) dan Christabel Koh (Pengurus Kewangan Projek Enggang Management).

Image via By The Billions (BTB)

BTB turut mengendalikan program pemantauan dan penyelenggaraan selama 12 bulan untuk mengesan pertumbuhan anak pokok serta menggantikan pokok yang mati sebelum rekod lengkap diserahkan kepada ASARTR.

Bagi mengelakkan kemerosotan alam sekitar dan pemecahan habitat, konvoi hanya akan menggunakan jalan pembalakan sedia ada yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Jerantut.

Pemeriksaan teknikal mandatori, sokongan barisan penaja dan rakan teknikal

Bagi memastikan keselamatan dan meminimumkan gangguan sepanjang laluan, semua kenderaan peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan teknikal mandatori semasa pameran awam Adventure Festival (sebelum ini dikenali sebagai 4Wheels Fest) pada 12 September di PARC, Subang Jaya.

Pemeriksaan teknikal merangkumi titik pemulihan casis, sistem winch, brek, dan sistem elektrik kalis air. Konfigurasi tayar all-terrain dan mud-terrain turut disarankan bagi mendepani laluan terpencil di koridor hutan.

SAYS.com
Image via By The Billions (BTB)

Pengasas By The Billions, Nedree Mohd Nazlan, menekankan bahawa aktiviti off-road memerlukan keseimbangan antara keupayaan jentera dan etika pemanduan.

"Aktiviti off-road adalah gabungan persediaan jentera, disiplin pemandu dan tanggungjawab terhadap alam sekitar," katanya.

Penganjuran MX 2026 ini turut mendapat sokongan barisan penaja dan rakan teknikal yang diterajui penaja utama GWM serta rakan pelincir rasmi Grantt Lubricants. Rakan penaja lain merangkumi BFGoodrich, Alpaka Gear, Victron Energy, Pedders Malaysia, Red Springs Overland, Tough Dog Suspension Malaysia, dan ANBOT.

Bagi mengekalkan keselamatan serta integriti konvoi sepanjang perjalanan, rangkaian kenderaan sweeper laluan yang dilengkapi komunikasi satelit, peralatan perubatan dan kelengkapan pemulihan berat turut disediakan.

SAYS.com
Image via By The Billions (BTB)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: