seismik

Air Kotak Meracuni 13 Peserta #Bersih4, 6 Masuk Hospital Termasuk Kanak-Kanak

Aneh. Air kotak yang masih segar didapati tidak selamat untuk diminum. Siapa punya angkara?

Cover image via Facebook Gengta Tan

Malam tadi, seramai 13 peserta #Bersih4 dilapor mengalami keracunan makanan yang disebabkan oleh air minuman kotak laici dan teh krisantimum. Enam daripada mereka dikejarkan ke hospital.

Tiga belas peserta mengalami keracunan makanan malam tadi semasa menghadiri perhimpunan Bersih 4. Penyelaras pasukan perubatan, Gengta Tan berkata enam daripada 13 termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, terpaksa dihantar ke hospital.

Menurutnya, enam individu yang terjejas mengalami muntah-muntah, loya, dan cirit-birit.

Tan berkata, bapa kepada dua kanak-kanak perempuan itu juga turut sama terkena keracunan makanan.

thestar.com.my

"Pasukan doktor perubatan kami telah menstabilkan kesemua pesakit dan kes ini nampak tidak begitu serius," jelas Gengta Tan.

"Kami menghantar enam daripada mereka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan selebihnya dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan ringan."

"Kami mendengar bahawa terdapat beberapa orang meninggalkan minuman paket di sepanjang jalan dan peserta ini telah mengambil dan meminumnya."

"Khabar angin mengatakan bahawa beberapa bahan bahaya telah disuntik ke dalam minuman-minuman tersebut, tetapi kami masih tak dapat pastikan. Kami telah memaklumkan kepada polis kerana kes ini perlu berada di bawah siasatan polis," jelas Gengta.

blogspot.com

Gengta Tan telah berkongsi satu video mengenai kes ini di Facebook peribadinya semalam. Tekan butang play.

Beware of Drinking water from Public!!Share Out !! You

Posted by Gengta Tan on Saturday, August 29, 2015

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa #Bersih4 berkata pihak penganjur hanya memberikan air mineral kepada peserta, bukan air kotak

Ketika dihubungi, ahli jawatankuasa Bersih, Thomas Fann berkata, air botol yang diberikan oleh komiti Bersih kepada peserta adalah hasil sumbangan dari sebuah syarikat terkemuka yang mempunyai reputasi.

Manakala pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah, sementara itu menggesa mereka yang tahu apa-apa mengenai minuman paket tercemar itu untuk menghubungi mereka secepat mungkin.

blogspot.com

Susulan insiden keracunan makanan ini, peserta Bersih dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak mengambil sebarang air minuman berpaket yang ditinggalkan di tepi jalan, walaupun paketnya nampak masih elok.

Menyusul lagi

Segala update tentang #Bersih4 DI SINI:

You may be interested in: