16 Tahun Selepas Insiden Cuka Getah, Wanita Jalani Pembedahan Wajah Kali Kelima

Ya Allah, kesiannya dia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas kira-kira 16 tahun hidup dengan kesan melecur akibat insiden simbahan cuka getah, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 24, masih meneruskan usaha untuk memulihkan wajahnya

Menurut laporan Kosmo!, terbaharu, wanita itu menjalani pembedahan kali kelima di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 17 September lalu.

Pembedahan yang mengambil masa kira-kira lima jam itu dilakukan bagi membuang parut pada bahagian hidung, dahi dan dagu yang terjejas akibat kejadian pada 2010.

Menurut Nurul Dahyatul, doktor mengambil kulit daripada bahagian pahanya untuk ditampal pada dahi dan dagu, manakala kulit di belakang telinga digunakan bagi membentuk semula bahagian hidung.

"Kalau ikutkan memang sakit, namun saya tiada pilihan dan perlu mengikuti proses pembedahan yang dijadualkan bagi mengurangkan kesan regangan pada wajah.

"Saya difahamkan selepas ini proses mengambil tulang rawan juga akan dilakukan untuk membentuk tulang hidung baharu,"
katanya.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Difahamkan, pembentukan semula tulang hidung itu penting bagi membantu memperbaiki fungsi saluran pernafasannya yang terjejas akibat kecederaan tersebut

Namun, perjalanan rawatannya masih panjang kerana terdapat beberapa lagi prosedur yang perlu dilalui.

Buat masa ini, Nurul Dahyatul masih menunggu proses membuang jahitan daripada pembedahan terbaharu sebelum dibenarkan pulang.

Sebelum ini, dia sudah menjalani empat pembedahan di HKL sejak 2023.

Kesan kecederaan yang dialaminya bukan sahaja meninggalkan parut pada wajah, malah turut menyebabkan masalah pernafasan pada waktu tertentu.

Keadaan itu juga menyukarkannya untuk menjalani kehidupan seperti biasa, termasuk mendapatkan pekerjaan tetap kerana perlu berulang kali menjalani rawatan susulan.

Walaupun terpaksa melalui pelbagai prosedur sejak bertahun-tahun lalu, Nurul Dahyatul berkata dia menerima keadaan tersebut sebagai satu ujian daripada Allah SWT.

"Saya pasrah dengan takdir kerana Allah SWT memilih saya untuk melalui ujian ini dan saya berharap selepas ini wajah saya setidak-tidaknya kembali pulih walaupun tidak seperti dahulu.

"Bukan hendak sempurna, namun cukup sekadar dapat bernafas dengan sempurna selain parut pada wajah dapat dikurangkan,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: