seismik

2 Pemenang 'Changemaker Of The Year' TikTok Awards MY 2024 Beri Inspirasi Buat Orang Ramai

Tahniah BraderWheelchair dan LoKohoPunoh (LKP)!

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TikTok Awards Malaysia 2024 baru-baru ini telah meraikan ramai content creator dan sekali gus membuktikan mereka bukan saja menggunakan pengaruh untuk hiburan, tetapi untuk memberi inspirasi serta melaksanakan perubahan sosial

Antara pemenang yang berjaya membuka mata orang ramai pada malam itu ialah dua pencipta kandungan yang karyanya luar biasa membuatkan mereka memenangi anugerah khas 'Changemaker Of The Year'.

Mereka ialah LoKohoPunoh (LKP) dan BraderWheelchair.

LKP ialah sekumpulan sukarelawan alam sekitar dari Terengganu yang sedang giat menjalankan operasi membersihkan pantai-pantai di Malaysia

Pengasas LKP, Uzair Emir dan pasukannya telah menjadikan TikTok sebagai platform untuk projek membersihkan alam sekitar.

Bermula dari Pantai Batu Burok di Terengganu kemudian telah berkembang menjadi gerakan di seluruh negara, mereka telah memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pemeliharaan alam sekitar.

Uzair yang juga merupakan pelajar tahun akhir MBBS, mengimbau kembali bagaimana mesej WhatsApp rakan tentang pembersihan memberi inspirasi kepadanya untuk bertindak sedemikian.

"Saya sentiasa mementingkan kebersihan dan memelihara alam sekitar, jadi saya memutuskan untuk menyertai mereka," katanya.

@lokohopunohgroup

Okay janji ni last, finally boleh ajak kak fit@Kakfit& imran @imeringue2 utk turun plogging hehe #TikTokCreatorCampMY #LoKohoPunoh #LKP #kakfit #imran #Bersih #clean

original sound - LKP - LKP

Menyedari TikTok berpotensi untuk menjangkau khalayak yang lebih besar, Uzair dan pasukannya mula mendokumentasikan aktiviti mereka di platform tersebut

"TikTok telah menjadi salah satu platform media sosial utama, dan keupayaannya untuk menguatkan mesej dengan cepat dan menjangkau khalayak ramai menarik perhatian kami," katanya lagi.

Walau bagaimanapun, setiap kejayaan pasti ada halangan dan cabarannya. Terlibat dalam bidang perubatan, tugas hospital, dan mengurus NGO pada masa yang sama memerlukan dedikasi yang besar.

"Saya terpaksa menggunakan wang biasiswa untuk membeli telefon berkualiti untuk merakam video. Saya belajar videografi dan kemahiran menyunting dalam talian, sering mengorbankan masa belajar saya untuk membuat dan mengedit video.

Dia juga berkongsi masalah kemurungan yang dialaminya dan mendedahkan bahawa kerja-kerja pembersihan serta penciptaan kandungan menjadi satu bentuk terapi untuknya.

"Ada kalanya saya rasa ingin berputus asa, tetapi saya tahu bahawa meninggalkan usaha ini bermakna saya berputus asa dengan prinsip sendiri," katanya.

@lokohopunohgroup

Demi Alam yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kami, tak gentar kami untuk terus melangkah #TikTokCreatorCampMY #LKP #LoKohoPunoh #CleanTok #Environment #cleanup #Dirty #pandawara

original sound - LKP - LKP

Seorang lagi pemenang 'Changemaker Of The Year' ialah BraderWheelchair atau nama sebenarnya Nur Izhar Idham

BraderWheelchair berjaya mengubah stereotaip orang ramai tentang Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan sikap positif azamnya yang tinggi.

Izhar telah menjadi harapan dan inspirasi bagi komuniti OKU dengan menggunakan platform TikToknya untuk meningkatkan kesedaran tentang kehidupan sebagai pengguna kerusi roda.

Pada awalnya cuma sekadar berkongsi rutin harian dan tutorial kerusi roda dengan cepat, namun kini ia berkembang menjadi platform advokasi yang berkuasa.

"TikTok merupakan salah satu platform yang tiada sempadan dan mudah mendapat penglibatan daripada penonton jika kandungan video itu berguna kepada orang lain,”
jelasnya.

Perjalanan Izhar di TikTok didorong oleh keinginannya untuk memberi inspirasi kepada pengguna kerusi roda lain untuk menjadi lebih berdikari.

@braderwheelchair

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Realiti keadaan sebenar kami yg berkerusi roda ni kena hadapi bila pergi ke sesuatu tempat. Banyak tempat dalam Malaysia ni kononnye tempat tu ada sediakan kemudahan untuk oku yg berkerusi roda tapi hakikatnye tak semua boleh diakses pun. Inilah sebab utamanye bila buat sesuatu kemudahan untuk oku jangan buat sebarangan dan bila dah buat tu bg laa kami yg oku ni buat audit untuk testing sbnye kami yg penguna tegar. Kalau tak jadi macam nilah. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. #fyp #penang #oku #malaysia #padangkotalama #wheelchair #nobarriers #awareness #wheelchairlifestyle #wheelerangers #braderwheelchair

Padang Kota - M. Shariff

Konten Izhar lebih mengutamakan tentang tutorial praktikal seperti cara keluar masuk kereta dari kerusi roda dan menguruskan aktiviti harian

"Saya lihat ramai pengguna kerusi roda masih kurang kemahiran asas mengendalikan kerusi roda, jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengetahuan kepada mereka.

"TikTok ialah platform yang luas dan mampu memberi kesan kepada masyarakat di seluruh dunia," katanya lagi.

Izhar juga sering berinteraksi dengan pengikutnya dengan menjawab soalan tentang kehidupannya, kebolehannya, dan pengalamannya.

"Soalan yang paling biasa saya terima ialah tentang cara saya memandu kereta dan apa yang berlaku pada kaki saya," kongsi Izhar.

Kedua-dua penerima anugerah 'Changemaker Of The Year' itu telah membuktikan bahawa TikTok bukan sekadar platform untuk hiburan

Dengan menggunakannya untuk memberi inspirasi ke arah perubahan, mendidik orang lain dan membina komuniti yang positif, kedua-dua pempengaruh TikTok itu telah menunjukkan potensi luar biasa media sosial mampu memberi impak kepada dunia luar.

Kejayaan mereka di TikTok Awards Malaysia adalah contoh kekuatan kandungan tulen yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga boleh mengubah sesuatu.

Tahniah sekali lagi buat LoKohoPunoh (LKP) dan BraderWheelchair, semoga terus menjadi inspirasi kepada orang ramai! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: