"23 Tahun Kerja Bank" - Wanita Kongsi Pengalaman Bekerja Sebagai Cleaner Di Australia
Difahamkan, wanita tersebut mempunyai pengalaman bekerja di bank selama 23 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam dunia ini, siapa saja yang tidak mahu bekerja di negara orang jika diberikan peluang dan gaji lumayan betul tak?
Siapa sangka, selepas 23 tahun bekerja di dalam pejabat berhawa dingin dengan berpakaian kemas, akhirnya seorang wanita ini mengubah landskap hidupnya di ‘bumi kanggaru’.
Menurut sumber, Farasafina Md Daud, 45, yang merupakan ibu kepada tiga orang anak tidak kekok menukar penampilan dan persekitaran kerjanya meskipun sebelum ini dia berada dalam zon selesa dengan gaji jauh lebih lumayan.
Berkongsi kisahnya, wanita itu dan keluarganya berpindah ke Perth, Australia kerana mengikut suami melanjutkan pelajaran ijazah sarjana di The University of Western Australia (UWA).
Tak kisah jadi cleaner sejak tiga bulan lalu walaupun ada pengalaman dalam industri perbankan
Kini, Farasafina menjalani pekerjaan sebagai seorang cleaner di bawah agensi di sebuah hospital kanak-kanak, sambil juga menyediakan perkhidmatan pembersihan peribadi dari rumah ke rumah secara bebas.
"Kesukaran mendapat pekerjaan mengikut pengalaman dan kelayakan menyebabkan saya memilih kerja sebagai tukang cuci kerana mereka lebih mementingkan pengalaman tempatan.
"Pelanggan terdiri dalam kalangan orang Arab, Singapura dan penduduk tempatan. Pada mulanya harga perkhidmatan kami $25 Dolar Australia (RM75.42) sejam, tetapi sekarang $30 (RM90.50) dan kalau jarak jauh kami ambil lebih sikit. Dalam seminggu biasanya kami dapat tiga rumah," katanya.
Farasafina berkata dia gembira melakukan pekerjaan tersebut walaupun pada pandangan orang lain mungkin dia diturunkan taraf kerana pernah bekerja di pejabat bertukar kepada tukang cuci
Namun, Farasafina tidak tergugat oleh kritikan tersebut, kerana baginya pekerjaan itu adalah halal dan hanya untuk memastikan kehidupan keluarganya di Australia terjaga dengan baik.
Wanita itu kini bersemangat untuk mengembangkan perniagaan pembersihan peribadinya dan memberi peluang kepada pelajar Malaysia yang sedang belajar di Australia untuk mendapatkan wang saku tambahan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!