seismik

Hamas Maklumkan Bakal Bebaskan Tahanan Asing Dalam Tempoh Masa Yang Terdekat

Difahamkan, berita tersebut menerusi saluran Telegram oleh jurucakap sayap tentera Briged Al Qasam, Abu Ubaida.

Cover image via Sinar Harian & MEMO MIDDLE EAST MONITOR

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konflik Israel-Palestin telah meragut ribuan nyawa penduduk di Gaza dan puluhan ribu yang cedera sejak awal Oktober lepas

Menerusi laporan, jurucakap sayap tentera Briged Al Qasam, Abu Ubaida memaklumkan bahawa pergerakan Hamas akan membebaskan beberapa tahanan asing dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bilangan tahanan yang akan dibebaskan atau kewarganegaraan mereka.

Tahanan dipercayai ditempatkan dalam terowong bawah tanah di serata Semenanjung Gaza.

Image via Sinar Harian

Briged Al Qasam menafikan Israel berjaya membebaskan tahanan yang berada di bawah Hamas

"Kami memantau naratif yang dimainkan tentera Israel berkenaan pembebasan tahanan dari Gaza ketika pencerobohan berlaku.

"Kami menafikan musuh sampai ke mana-mana tahanan yang berada dalam kawalan Al-Qassam. Jika naratif ini benar, ia bermakna inidividu tersebut ditahan oleh musuh," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai membalas kenyataan tentera Israel yang mendakwa berjaya membebaskan tahanan, seorang askar Israel, Ori Megidish, ketika operasi daratnya di Semenanjung Gaza pada Isnin.

Sebagai rekod, Briged Al-Qassam bertempur dengan tentera Israel sebanyak tiga kali dan berjaya memusnahkan 22 kenderaan tentera Zionis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: