seismik

[VIDEO] Ustazah Asma' Harun Tegur Skrip Drama Menyentuh Soal Tanah Suci Tak Sensitif

Tular baru-baru ini, sebuah drama di mana skrip yang digunakan mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada ramai pihak.

Cover image via Cikgu_Anep (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Difahamkan, skrip yang digunakan dalam drama mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada ramai pihak

“Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasullullah ini aku cakap depan muka kau, kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat tanah haram ini kau mampus.”

Demikian antara dialog yang dilontarkan pelakon tempatan, Janna Nick ketika menjayakan watak Misha dalam siri drama Surat Dari Tuhan yang mula ditayangkan di slot Samarinda di TV3 bermula semalam.

Sesi siaran langsung Ustazah Asma' Harun di TikTok semalam menjadi perhatian ramai apabila beliau mengkritik tajam babak drama Melayu tersebut. Ustazah Asma' berpendapat bahawa dialog yang digunakan dalam drama tersebut tidak menghormati keagungan Tanah Suci, Mekah.  Kontroversi ini telah menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan penonton dan penggemar drama Melayu.

Image via Cikgu_Anep (X)

Ustazah Asma' Harun juga menyuarakan keprihatinannya terhadap etika seorang pelakon Muslim

Ustazah Asma' Harun kecewa dengan dialog-dialog dalam klip-klip promosi drama yang viral di media sosial. Dialog-dialog tersebut dinilai tidak menghormati nilai-nilai agama. Kehadiran drama ini mencetuskan perbincangan tentang pentingnya menjaga sensitiviti agama dalam seni.

“Lakonan tersebut dibuat di sebuah hotel di Tanah Suci yang nampak latar belakang Masjid Nabawi. Saya terkejut macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam ini, menggunakan makam Nabi.

“Walaupun dia tak bersumpah, tidak wajar perkataan itu dijadikan sebagai dialog. Sedangkan kita diajar jaga lidah, jaga akhlak dan perbuatan ketika di Tanah Suci,” katanya.

Ustazah Asma' Harun juga menyuarakan keprihatinannya terhadap etika seorang pelakon Muslim, terutamanya ketika mereka memilih untuk menyampaikan dialog-dialog yang merendahkan martabat agama Islam itu sendiri.

Beliau merasa terkejut dan tertanya bagaimana seorang pelakon yang beragama Islam dapat memilih untuk melibatkan diri dalam situasi di mana dialog-dialog tersebut jelas menodai nilai-nilai agama.

“Mana etika ketika melakonkan babak di Tanah Suci dan tak berasa bersalah ke masa nak merakamkan babak ni?

“Tempat yang paling suci dan indah seluruh umat manusia yang dambakan pergi, kenapa nak masukkan dialog seperti ini.

“Sedangkan nak berkata-kata perkara baik pun kita tak mampu nak cakap depan Makam Rasulullah,” tegurnya.

Ustazah Asma' Harun menekankan bahawa dialog-dialog yang merendahkan agama tidak wajar dipertuturkan walaupun lokasi drama tersebut bukan di Tanah Suci. Beliau menekankan pentingnya menjaga etika dan menghormati nilai-nilai agama sebagai seorang pelakon Muslim.

Image via Cikgu_Anep (X)

Lihat video tersebut di bawah:

Semoga teguran ustazah Asma' dapat dijadikan pengajaran :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: