seismik

Ikan Sidat Mirip Belut Ditangkap Di Sungai Sampai Penuh Baldi Ini Raih Perhatian Warganet

Difahamkan, apabila tiba musim sidat, ikan ini akan kelihatan banyak di tepian sungai.

Cover image via @fp_tengku (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok memaparkan ikan sidat ditangkap dengan jumlah yang amat banyak

Untuk pengetahuan semua, ikan sidat adalah sejenis ikan air tawar yang mempunyai tubuh yang panjang dan kulitnya yang licin. Ikan sidat biasanya hidup di sungai atau tasik dan memiliki nilai komersial yang tinggi.

Ekoran tularnya video itu, ia telah membuatkan netizen berasa 'geram' dan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ikan sidat.

Namun, terdapat juga netizen yang meninggalkan seribu tanda tanya sama ada ikan sidat adalah sejenis belut atau bukan kerana ramai dalam kalangan mereka yang tidak pernah melihat bentuk dan rupa ikan sidat.

Terdapat juga netizen yang geli dengan rupa dan bentuk ikan sidat tersebut. Difahamkan, ketika itu adalah musim ikan Sidat kerana jumlah yang ditangkap tidak terkira.

Apa yang lebih menarik, penduduk di situ menangkap ikan berkenaan hanya menggunakan penapis sahaja dan diletakkan dalam baldi.

"Ikan Sidat itu sejenis ikan apa ya?" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, sehingga kini ia telah meraih 11.4M views, 272.8K likes dan 4.7K comments di TikTok.

Rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video ikan tersebut.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen:

Lihat video ikan Sidat ditangkap menggunakan penapis di bawah:

Admin pun tak pernah tengok ikan Sidat ni macam mana rupa dan bentuknya :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: