seismik

Syamimia Tampil Mohon Maaf & Mengaku Bersalah Simpan Patung Dewa Dalam Rumah

Difahamkan, Syamimia menyimpan patung dewa Apollo di dalam rumahnya.

Cover image via @syamimia_ (TikTok) & syamimia_ (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas namanya menjadi kontroversi tentang isu Palestin, kini nama Syamimia kembali mencuri perhatian warganet setelah terbongkar bahawa dia menyimpan patung dewa sebagai hiasan di dalam rumahnya

Seorang pempengaruh media sosial atau lebih dikenali sebagai Syamimia tampil memberi kenyataan di TikTok berkenaan patung Apollo yang terdapat di bahagian ruang tamu dan bilik tidur miliknya.

Menerusi hantaran di TikTok, Syamimia memohon maaf atas kekhilafan dirinya yang leka dengan perhiasan patung dewa Yunani di dalam rumahnya.

Syamimia turut berkata, disebabkan kecaman dan teguran tentang isu Palestin dan patung tersebut telah membuka matanya untuk menjadi individu yang lebih peka serta sensitif terutamanya terhadap isu yang melibatkan agama.

"Dengan rendah hati, saya Syamimia sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.

"Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.

"Saya bersama Palestin dan patung tersebut telah dilupuskan," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu terbabit dan turut mengakui dirinya masih muda serta membuat kesilapan.

"Saya akui masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.

"Sekali lagi, saya ikhlas memohon maaf, jika ada membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa," katanya.

Untuk pengetahuan semua, patung Dewa Apollo adalah sebuah patung yang mewakili dewa Yunani kuno bernama Apollo. Apollo adalah dewa Yunani yang dianggap sebagai dewa seni, muzik, kebijaksanaan, penyembuhan dan matahari dan umat Islam dilarang untuk menjadikan patung tersebut sebagai perhiasan rumah.

"Okay Mimi. Selepas ini tolong cakna apa yang sepatutnya boleh dan tak boleh" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 200.7K views, 7K likes dan 1.3K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Lihat posting tersebut di bawah:

Tak apalah, yang penting Syamimia dah minta maaf dan mengaku salah dia <3

Like* Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lihat artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: