seismik

Pamer Solidariti Buat Palestin Di Roblox, Usaha Rakyat Malaysia Ini Raih Pujian Ramai

Dalam protes yang dilakukan secara maya itu, avatar Roblox boleh dilihat berarak sambil memegang bendera Palestin dan Malaysia.

Cover image via @cikguzyd (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konflik antara Israel dan Palestin membuat ramai telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perhimpunan aman dan menyuarakan sokongan mereka di jalanan

Namun, seorang rakyat Malaysia telah menemui cara yang pintar untuk menunjukkan sokongannya dengan menganjurkan protes secara maya sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin di platform permainan atas talian, Roblox.

Selepas Afiq bin Mat Zaid memuat naik video tentangnya di TikTok, protes maya tersebut menjadi perhatian global.

Dalam video itu, terdapat barisan avatar Roblox yang berbaris sambil memegang bendera Palestin dan Malaysia, sementara Afiq mengucapkan doa.

Para avatar juga terlihat berkumpul di dalam struktur maya yang menyerupai amfiteater yang dikenali sebagai Dataran Tanjung Mas, sambil memegang papan tanda yang menunjukkan perkataan "Solidariti Untukmu Palestin."

Afiq, yang juga dikenali sebagai Cikgu Zyd di media sosial, telah mengumumkan bahawa sebanyak 500 peserta telah menyertai protes maya tersebut.

Menurut SAYS, Afiq berkongsi bahawa sebagai seorang content creator, dia merasa terpanggil untuk memberi kesedaran kepada penonton muda tentang isu kemanusiaan yang mendesak ini melalui platformnya

"Roblox adalah platform yang membolehkan kita menyampaikan maklumat, dan kita sepatutnya menggunakannya dengan baik untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu kemanusiaan, terutamanya krisis Palestin yang sedang berlaku," katanya.

Afiq menyatakan bahawa protes maya telah bermula pada 21 Oktober, dan sesi-sesi berikutnya diadakan semasa siaran langsung beliau.

Tambahan lagi, beliau berkongsi bahawa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, beliau telah menganjurkan pelbagai acara dalam Roblox dan Grand Theft Auto V.

"Kalau ini macam aku download balik rodblock untuk anak-anak" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 2.2M views, 270.6K likes dan 4.4K comments.

Menerusi tinjauan pada bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:



Lihat video tersebut di bawah:

Semangat anak muda macam ni yang kita nak :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: