seismik

BBC News Cetus Kemarahan Orang Ramai, Headline Bertentangan Kisah Sebenar Tahanan Hamas

"Mereka memberitahu bahawa mereka adalah orang Islam dan tidak akan menyakiti tahanan," - Yocheved Lifshitz

Cover image via aljazeeraenglish (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hamas membebaskan Yocheved Lifshitz yang berusia 85 tahun, bersama dengan seorang warga emas lain pada malam Isnin

Menurut laporan al-jazeera, wanita Israel yang berusia 85 tahun itu telah diambil sebagai tahanan oleh Hamas selama dua minggu. Dia memaklumkan bahawa dia mengalami kekerasan semasa ditahan, tetapi dia diperlakukan dengan baik ketika berada di dalam tahanan di Gaza.

Dia menceritakan bahawa dia telah diserang oleh pasukan militan tersebut ketika mereka memecutnya ke Gazadengan menaiki motosikal pada 7 Oktober lalu.

Ketika di atas motosikal, dia telah dilanggar oleh seorang ahli militan tersebut bagaimanapun tidak mencederakan dirinya tetapi ia amat sakit dan dia sukar bernafas.

I’ve been through hell… kami tidak pernah terfikir akan berdepan dengan situasi ini,” katanya.

Image via BBC News


Bagaimanapun, pada malam Isnin, Yocheved Lifshitz dan seorang wanita warga emas yang lain, Nurit Cooper, 79 telah dibebaskan oleh Hamas dalam satu perjanjian oleh Qatar dan Mesir.

Sejak serangan Hamas pada 7 Oktober, mereka ini adalah tahanan ketiga dan keempat yang dibebaskan. Saat ini, terdapat sekitar 218 orang yang masih ditahan di wilayah Palestin yang terkepung, termasuk warga asing.

Diletakkan di dalam sebuah dewan besar dan dilayan dengan baik seperti telah bersedia

Menerusi satu wawancara, Yocheved Lifshitz memberitahu sewaktu tahanan, mereka telah tiba di dalam sebuah dewan besar di mana kira-kira 25 orang tawanan berkumpul dan selepas dua atau tiga jam, tawanan-tawanan itu dibawa ke dalam bilik berasingan, termasuknya.

Sepanjang wawancara, seorang wanita dipercayai anaknya telah menterjemah ucapan Yocheved Lifshitz di dalam bahasa Inggeris. Dia memberitahu bahawa Hamas telah merawat ibunya dengan baik dan memberi semua tahanan makanan yang sama seperti pihak Hamas.

"Mereka (Hamas) mereka merawat para tahanan dengan baik, dan menyediakan segala keperluan," apabila ditanya mengapa dia bersalam dengan dengan pihak Hamas ketika dia dibebaskan. 

"Mereka kelihatan sudah lama bersedia untuk ini, mereka mempunyai semua keperluan untuk tahanan lelaki dan perempuan termasuk syampu,

“Salah seorang lelaki yang bersama mereka telah cedera teruk dalam kemalangan motosikal semasa dalam perjalanan dan seorang paramedik menjaganya dan merawat lukanya dengan baik. Mereka memberikan ubat dan antibiotik,” katanya.

"Mereka memberitahu bahawa mereka adalah orang Islam dan tidak akan menyakiti tahanan, lalu mereka berkongsi makanan yang sama seperti yang dimakan oleh Hamas." katanya.

Bagaimanapun, BBC News telah mencetuskan kemarahan orang ramai apabila naratif laporan mereka sangat bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh mangsa tahanan

Dalam laporan yang dibuat oleh BBC, mereka memilih untuk menggunakan ayat "I’ve been through hell…" sebagai headline berita mereka.

Sedangkan orang ramai percaya cerita tentang pengalaman ditahan oleh tahanan sepatutnya menjadi fokus utama. 

Ayat di atas adalah disampaikan oleh tahanan menggambarkan sewaktu dia dilanggar ketika ditahan dan bukan melambangkan seluruh senario pengalaman dia ditahan. 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: