[VIDEO] "Kepala Burung Tiba-Tiba Tercabut" - Ini Kisah Seram Bekas Pelajar Di UiTM
Meremang bulu roma.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam kehidupan ini, terdapat banyak kisah seram yang sukar untuk dijelaskan oleh logik rasional kita
Dalam satu kisah seram yang diceritakan oleh seorang bekas pelajar UiTM Shah Alam, sesuatu telah berlaku sebelum sekumpulan pelajar melangsungkan pementasan teater di Dewan Sri Budiman.
Costume dan prop semuanya dipinjam daripada artis veteran Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin yang digunakan semasa pengambaran filem Bukit Kepong. Pakaian dan senapang itu disimpan lama oleh pelakon legenda di dalam stor.
"Cerita itu ada menggunakan burung setiap kali pementasan dan setiap kali ada pementasan, burung tu tercabut kepala. Mati.
"Burung tu ada dalam sangkar dan disimpan di belakang stage tetapi ditutup oleh sehelai kain. Esok tu angkat dan show selalunya berlangsung tiga hari tiga malam, bila esoknya nak buka kain, mati dah dan kepala hilang badan ada, berdarah.
Selain itu, terdapat kejadian yang lebih serius pada hari terakhir dan sebelum pementasan teater itu bermula, mereka sudah membaca doa tiba-tiba salah seorang pelakon mereka pergi ke belakang pentas untuk makeup tetapi malangnya, barang makeup terjatuh ke bawah tangga yang amat gelap.
Wanita tersebut dengan berani turun ke bawah tangga untuk mengambil barangnya itu. Wanita itu mengambil masa yang lama dan apabila naik ke atas dia tidak membawa barang yang jatuh tadi tetapi hanya menggigil tanpa berkata apa-apa.
Penjaga kaunter tiket tiba-tiba menjerit akibat kena rasuk
"Lepas tu kita orang dah habis berlakon apa semua, pakaian yang kita orang pakai pada waktu tu adalah pakaian yang betul, baju askar Komunis berserta kasut dan senapang.
"Lepas dah pulangkan habis semua dah, salah seorang pelakon main character iaitu Nadia Brian, cincin pemberian ibu dia hilang dan dia kata nak pergi tengok atas stage.
"Pada waktu tu, penonton semua dah beransur pulang. Nadia jumpa cincin tu dan dia pakai tetapi mukanya pucat," ujarnya.
Keadaan bertambah teruk ketika dalam perjalanan pulang ke UiTM Puncak Perdana, sepanjang jalan semua perempuan menjerit-jerit sampai ada yang nampak kaki perempuan lain dipegang oleh sesuatu 'makhluk'.
Namun, pemandu bas UiTM itu dilihat tenang walaupun di belakang sudah menjerit-jerit.
Apabila sampai di destinasi, mereka dirawat di surau Puncak Perdana sehingga jam empat pagi dan ustaz tarik 'benda-benda' tersebut masuk dalam bas dan bawa ke Puncak Alam untuk dilepaskan di sana.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!