seismik

Pelaku Tampil Mohon Maaf Kepada Penjaga Mangsa Selepas Tampar Muka Kawan Sekelas

Pelaku telah bertemu dengan penjaga mangsa bagi memberi penjelasan mengenai insiden itu.

Cover image via PU Ian Miles Cheong (X)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang mengalami situasi di mana emosi menguasai diri dan dalam situasi itu, tindakan impulsif dapat terjadi

Melalui video tersebut di X, mangsa yang merupakan seorang pelajar perempuan dilihat tampil di rumah penjaga kepada mangsa untuk memohon maaf.

Difahamkan, pertengkaran berlaku akibat mangsa memuat naik gambar pelaku yang mengaibkan di platform TikTok. Pelaku dapat menangkap mangsa setelah kantoi.

Pelaku tersebut mengklarifikasikan bahawa dia bengang kerana mangsa memuat naik gambar wajahnya di platform TikTok tanpa izinnya, padahal mereka tidak memiliki hubungan yang rapat dan tidak pernah bertegur.

"Saya ada masuk kelas dan bengkel sekali dengan dia, tapi saya tak pernah tegur dia. Saya pun tak pernah cari masalah dengan dia.

"Lepas tu secara mengejut dia post gambar saya dekat TikTok, gambar yang saya tak pernah tangkap guna phone dia, tiba-tiba ada. Itu pun kawan saya yang beritahu. Views gambar tu di TikTok dah 309 mak cik.

"Saya akui salah saya juga kerana melebihi batas, saya minta maaf, mungkin tadi saya tak dapat mengawal emosi. Ini kali pertama saya berkelakuan sebegini, sebelum ini saya tak pernah buat apa-apa hal di sekolah.

"Saya minta maaf sekali lagi mak cik," kata pelaku.

Namun, setelah pelaku memohon maaf, penjaga mangsa seperti masih tidak berpuas hati dan mahu bertemu dengan ibu bapa pelaku.

Pelaku tidak membantah dan hanya bersetuju untuk membawa ibu bapanya berjumpa penjaga mangsa tetapi pelaku meminta agar jumpa selepas waktu Isyak.

"Tapi saya minta maaf tau, mak cik," kata pelaku sekali lagi.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: