[VIDEO] Kepala Dua Ekor Lembu Tersekat Dalam Tong Biru Ini Buat Warganet Terhibur
Macam mana la dua kepala sekali boleh muat.
Tular baru-baru ini sebuah video TikTok memaparkan dua ekor lembu yang bermain dengan tong biru lalu kepala mereka tersangkut
Untuk pengetahuan semua, lembu adalah haiwan yang cerdas dan memiliki rasa ingin tahu terhadap persekitaran mereka.
Video ini telah membuatkan netizen terhibur apabila lembu tersebut dimarahi tuannya yang menggunakan dialek Terengganu pekat.
Apabila kepala kedua-dua ekor lembu itu tersekat, masing-masing meronta untuk keluarkan kepala mereka tetapi tidak berjaya.
"Haha yang ini kelakar. Pandai lembu ni hiburkan hati orang" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, sehingga kini ia telah meraih 5.5M views, 224.7K likes dan 10.8K comments di TikTok.
Komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!