seismik

[VIDEO] "Pejuang Palestin Syahid Akan Dibuka Pintu Syurga Untuk 70 Ahli Keluarga" - UAI

Islam sangat indah.

Cover image via @aziah2022 (TikTok) & Kosmo

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pahlawan Islam sememangnya tiada tandingan kerana berkorban demi negara dan tanah air

Kematian sebagai syahid dalam Islam dianggap sebagai kehormatan yang tinggi dan syahid di Palestin dianggap sangat istimewa. Kehidupan dan kematian mereka menjadi inspirasi bagi umat Islam di seluruh dunia yang menganggap mereka sebagai teladan dalam mempertahankan kebenaran dan keadilan. 

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, mati syahid merupakan nikmat yang paling ‘sedap’ dalam dunia yang ramai orang tak tahu.

Menurut sumber, apabila warga Palestin menerima berita tentang kematian seorang anaknya atau ahli keluarga mereka memahami betapa agungnya anugerah mati syahid.

“Umat Islam di Palestin sangat istimewa sebab merekalah paling ramai jamin masuk syurga. Setiap seorang yang berperang dengan rejim Zionis, dia boleh bawa 70 orang masuk syurga. Sebab itu orang Palestin akan sembelih unta, sembelih lembu untuk buat kenduri apabila tahu ahli keluarga mereka mati syahid

“Secara fitrahnya, memang ramai yang anggap mereka sengsara dan persoalkan bila akan habis penderitaan mereka. Itulah ujian, Allah angkat martabat orang Palestin ini, Allah sangat kasih kepada mereka. Dia lebihkan bala kepada mereka

“Orang yang paling banyak dapat musibah tanda orang yang paling banyak dapat kasih sayang Allah. Ini Nabi sebut dalam hadis sahih. Sebab itu orang yang paling banyak Tuhan turunkan bala adalah para nabi, tanda Tuhan sayang,”
katanya dalam satu video ceramah yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Tambahnya lagi, Allah telah mengurniakan keutamaan yang luar biasa kepada masyarakat Palestin, membolehkan mereka merasai nikmat yang paling mulia di dunia ini, iaitu mati sebagai syuhada. Nikmat ini adalah suatu keistimewaan yang jarang ditemui oleh umat Islam di negara-negara lain.

“Nabi kata orang yang mati syahid ni, dia minta dengan Allah nak hidup sekali lagi sebab nak rasa sekali lagi mati itu sebab mati syahid sedap sangat. Sebab itu orang rindu kepada syahid

“Ramai anggap mereka derita sebab peperangan yang tidak berkesudahan, tetapi hakikatnya kita (rakyat Malaysia) lagi derita sebab pelbagai larangan syarak berleluasa seperti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), ketagih arah, pintu masjid pun tak kenal,” ujarnya.

Ustaz Azhar Idrus menyatakan bahwa puncak kekalahan kaum Yahudi di seluruh dunia akan tercapai saat munculnya Imam Mahdi dan bila-bila masa sahaja boleh terjadi.

“Nasihat saya jangan sebut dengan takdir contohnya sebut akan muncul pada tahun sekian-sekian. Ia salah di sisi syarak, kita tidak tahu yang ghaib melainkan Allah,” katanya.

"Saudara Islam Palestin lebih beruntung dapat syahid kita yang belum tentu lagi" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, sehingga kini ia telah meraih 590K views,  44.9K likes dan 310 comments.

Komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Lihat video penuh penerangan UAI di bawah:

Untung betul para penduduk di Palestin :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: